Friday, April 22, 2011

Artikal Tentang Tokoh AL-RAZI


Karyanya menjadi rujukan dunia Eropah.


Al-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yang mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme.

Nama Sebenar ~ Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi.

Tarikh Lahir ~ Tahun 236H bersamaan 850M / 1 Sya'ban 251H bersamaan 865M.

Anak Kelahiran ~ bumi Iran (Ray, Tehran).

Bidang ~ tokoh falsafah yang masyhur pada kurun ke-3 Hijrah.

Zaman Muda ~ pemain gambus (rebab, rebana) sambil menyanyi.

Belajar Ilmu ~ kedoktoran dengan Ali ibn Rabban al-Thabari (192 - 240H bersamaan 808-855M), ilmu falsafah dengan al-Balkhi. (matematik, astronomi, sastera, dan kimia.)

~ Semasa Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad menjadi Gabenor Ray, al razi diberi kepercayaan memimpin rumah sakit (hospital) selama enam tahun (290-296H bersamaan 902 - 908M).

~ Pada masa ini juga al-Razi menulis buku al-Thibb al-Mansuri yang dipersembahkan kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad.

~ al-Razi berpindah ke Baghdad atas permintaan Khalifah al-Muktafi (289 - 295H bersamaan 901 - 908M), yang berkuasa pada waktu itu.

Dikenali ~ seorang yang pemurah, sayang kepada pesakit-pesakitnya, dermawan dan memberi rawatan kepada mereka secara percuma. Seorang doktor yang paling agung dalam kalangan doktor Muslim dan juga seorang penulis yang produktif.

Kemasyhuran ~ al-Razi sebagai doktor bukan sahaja di dunia timur, tetapi juga di barat; sehinggakan beliau telah digelar The Arabic Galen. Setelah Khalifah al-Muktafi wafat, al-Razi kembali ke Ray, dan meninggal dunia pada 5 Syaaban 313H (Oktober 925M).

Para sarjana berpendapat bahawa al-Razi mengalami sakit mata dan kemudiannya buta pada penghujung hayat-nya. Al-Razi menderita akibat ketekunannya menulis dan membaca yang terlalu banyak.

Karya-karya dan sumbangan

~Tidak kurang daripada 200 buah karangan termasuk buku, makalah, dan surat-surat telah dihasilkan oleh al-Razi dicatatkan para pengkaji.

Karya-karya

Falsafah (26 buah)
~ al-Sirah al'Falsafiyyah
~ Amarah al-lqbal aI'Dawlah
~ Kitab al-Ladzdzah
~ Kitab al-llmi al-Ilahi
~ Maqalah fi ma baid al'Thabiiyah
~ al-Syukuk 'ala Proclus.

Perubatan (tujuh buah)
Sains
Ketuhanan
Al-Quran (97 buah buku) (tafsir ~ lima buah)
Ilmu kalam (40 buah)
Bahasa Arab (tujuh buah)
Fiqh & usul fiqh (lima buah)
Geometri (lima buah)
Sejarah (dua buah)

~ Kitab al-Hawi (Liber Contines)
~ Ensiklopedia amalan perubatan terapeutik menjadi rujukan dunia Eropah.
~ berat 10kg
~ sejak abad ke-12M lagi sehingga abad ke-17M.

~ Penemuan sakit campak cacar tulen (smallpox) dan campak biasa (measal) turut menjadi bahan rujukan perubatan di dunia Barat malah turut diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga abad ke-18M.

Kitab al-Mansur (Liber medicinalis ad al Mansorem)
Ketika beliau di Khurasan di bawah pemerintahan Gabenor al-Mansur Ibnu Ishaq.
Kandungan ~ 10 penemuan berkaitan tentang amalan sent dan sains perubatan.

Sumbangan besar

(kimia)
Kitab al-Asrar (The Book of Secrets).
Diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, sumber utama maklumat bahan kimia sehingga abad ke-14M.
Penemuan rawatan kepada penyakit cacar dan pengasingan alkohol dalam penghasilan antiseptik.

(falsafah)
Al'Thib al-Ruhani (karya teragung)
Tentang cara pengubatan penyakit jiwa dan pengubatan fizik yang menyembuhkan tubuh badan.

No comments:

Post a Comment