Wednesday, April 27, 2011
3AL RAZI IYAGI
Tiga Al-Razi Iyagi adalah kisah tentang sebuah kelas tingkatan Tiga Al-Razi. Kelas ini memang lengkap dengan peralatan untuk sesi pembelajaran seperti kerusi, meja, papan hitam dan lain-lain. Walau bagaimanapun, Tiga Al-Razi tidak akan lengkap tanpa Puan Haslinawaty, guru Bahasa Melayu dan juga merangkap guru kelas kami. Daripada pandangan, orangnya baik dan anggun tetapi jikalau tersilap langkah kiri, padah binasa ditimpa kami. Sanjungan tinggi dan mulia daripada kami ke atas guru ini.
Kelas yang penuh dengan gelak ketawa, gembira, sedih, huru-hara serta orang yang berbaju biru (Faham, faham saja lah). Walaupun begitu, akan kami bersatu semula menjadi benteng bagi perjuangan kami. Kelengkapan kelas ini amat memberangsangkan dengan kesungguhan ketua kelas dan ketua penolong kelas iaitu bos Ameer dan personal assistantnya Nurul Aisyah. Tugas disandang dengan tanggungjawab yang besar. Kadang-kadang mereka juga bagaikan anjing dengan kucing. Ada angin yang tidak menyenangkan di tengah-tengah. Angin kuskus kot.
Ada hari, kelas kami akan `indah` dengan panaroma terserlah dipandangan mata, akan mulut terkata “Wah, kelas Tiga Al-razi bersalji rupanya!” kalau dilihat lantai penuh dengan warna-warna putih. Malang sekali, nipis, merimaskan mata serta berdebu, jika ditiup angin akan terbang jua. Dengan itu, wujudnya dua orang bidadari yang comel lagi rajin menyapu kelas tanpa rasa susah dan resah iaitu Syarifah dan Siti Aisyah. Manakala Khalida pula menghayati kebersihan kelas dengan sifatnya yang happy go lucky, lawak dan jenaka serahlah kepada Ratu Lawak kami ini.
Kalau di kelas kami ini, sebelum periksa ada saja sesi tanya menanya. Orang ini salah seorang Power Rangers dalam kelas kami yang menyelamatkan keadaan apabila hendak menghadapi peperiksaan Matematik. Nak kenal? Dia dipanggil Audy, peminat setia Shuffle. Kenapa Power Rangers? Kerana dia memang power dalam subjek matematik dan heronya sejak kecil sampai sekarang. Audy si Power Rangers ini tidak termasuk special edition ya (Robot, senjata PR dan kalau tanya warna apa? Warna biru, sebab dia pengawas). Rakannya Faid pakar dan penunggang basikal, orangnya memang peminat basikal. Katanya dia sedang mengkaji sains basikal. Fasal kenderaan juga ikut sama sebagai mana dia tahu pengetahuan tentang basikal. Tanya saja tentang kenderaan, akan dijawab dengan professionalnya. Tak percaya? Cuba lah tanya, kalau berani.
Bagaimana pula dengan Naiem? Berbadan besar dengan muka comel terserlah. Tak payah bagi berapa peratus comelnya, memang kalah lelaki lain dalam kelas. Bermuka putih, bak kata macam orang Jepun. Dia ialah Khalid, inilah pelajar pendiam kelas kami. Dengan attitude yang penuh dengan rahsia. Otaknya bagaikan sponge semua boleh diserap dan dia juga pelajar harapan. Rakan sebelahnya pula, kami panggilnya Amir. Amir sebab apa? Alahai, sebab namanya memang Amir lah! Tak kenal? Buat macam dah kenal saja. Dia penuh dengan kejutan. Betul...percayalah. Jikalau apa-apa jangan dikacau dia sangat nanti meradang macam budak-budak, ish! Ish! Ish!
Ha.....dalam kelas kami ada pemain bola sepak juga tau. Dipahat nama mereka Hafiz, Fakhrul dan Amirullah. Nak autograf? Tak payah lah. Ambil tandatangan saja ya. Berbaloi ke? Entah... Manakala geng sokongan diorang ialah Hasraf, Naim serta Emirzi. Fasal Emirzi, ada yang panggil Mizi, ada yang panggil Aji. Soalnya, kenapa? Aku yang menaip cerita ini pun tak tahu. Sifat Hasraf yang menggelabah dulu mula kurang sedikit. Ya lah. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama kelamaan jadi bukit.
Zomba!! Eh, silap Zomba untuk jantan! Zombi!! Ya, inilah kumpulan yang dikatakan Zombi. Senang saja kata mereka, “Nak join kumpulan mereka angkat tangan macam mereka.“ Macam mana? Kalau tengok filem Zombi Kampung Pisang dengan Hantu Mak Limah Balik Rumah. Tahu lah. Nak kenal? Pengerusi bagi kumpulan ini ialah Nurul Aisyah. (Ya lah. Nama pun ada pangkat personal assistant).
Naib pengurusi pula, panggil saja dengan panggilan manja, Nurul. Merancang aktiviti zombi. Ada berita yang hari itu ada Kem untuk Zombi tetapi tak nampak pula. Mungkin kumpulan ini bergerak malam macam vampire kot. Pemegang wang yang perlukan kepercayaan yang tinggi, Fatin namanya. Confirm boleh dipercayai. Seterusnya, Amira. Dia perlukan pergerakan tangan yang laju dan tidak cepat lenguh semasa menulis. Ya lah, kata ada pangkat setiausaha, bukan begitu rakan-rakan? Wah, aku mahu tabik spring kumpulan ini! Rupa-rupanya zombi pun ada kaunselor, nama diberi Nur Umairah. Panggil saja Umairah. Kak long kami. Kalau rakan-rakan ada yang tertanya, kaunselor Zombi cakap fasal apa ya? Dia akan berkata begini, “Kepada rakan-rakan Zombiku kita mesti baca doa sebelum makan otak...” Aku agak saja. Jangan marah. Aku pun tak tahu Zombi ini makan otak atau tak, guna otak mestilah.
Kami pun kawan dengan orang asing juga tetapi sekarang bukan lagi dipanggil orang asing. Dia dari SMK Sheikh Abdul Malik. Teka-teki teka-teki, cuba teka siapa dia orang ini? Kami panggil dia Ishana. Dia pandai masak tau, jadi boleh lah ambil sebagai isteri bagi sesiapa yang berminat. Selain itu, jangan lupa Dato’ Sri ya rakan-rakan. Dato’ Sri Nur Illiyin. Orangnya busy sedikit. Kononnya ada meeting lah. Pada suatu hari Ahad yang lepas, dia pergi KL (Dengar khabar saja). Ambil cuti lebih...(tiga hari termasuk cuti minggu). Lainnya Dato’ Sri ini ialah dia pakai public phone untuk menghubungi ibunya (Bagus lah, mematuhi peraturan “Jangan bawa handphone ke sekolah”). Pembantunya Nik, setia untuk selesaikan masalah bersama. Kemana saja Dato’ Sri akan dia di sisi kecuali Dato’ Sri tiada.
Anak perempuan kepada salah seorang guru kami di sekolah. Jika dipandang orang ini, terpegun dengan sikap dermawannya (Senyum sokmo), lagikan dilihat wajah `cute`nya itu. Nama diberi ialah Mimi. Kawannya Asmaq, bak kata perempuan anggun di kelas kami (Piwweeett!). Dalam subjek-subjek yang dipelajari dikebasnya subjek Kemahiran Hidup. Memang pro lah. Bukan `prosak` ya rakan-rakan tetapi professional.
Pelajar yang seakan macam ustazah dan buku tetap bersama (Penting tu!). Ditinggalkan pula jadi macam usus, jauh dimata dekat dihati. Kalau ada yang tanya buku apa? Semestinya novel lah. Macam-macam tajuk dan kisah ada. Nama panggilannya Sarah. Umi pula, orangnya seakan Khalid, boleh tahan pendiam. Bila sudah kenal, memang lekat di fikiran. Sebab apa? Sebab dia ada senyuman yang menarik perhatian. Dah tengok, rasa nak pensan amazingly pun tak mengapa. Kami akan panggilkan ambulance.
How about Khyirin Nabila? kami semua panggilnya Khyirin atau Erin. Nak panggil Nabila pun available kot itu pun kalau dia tak marah. Boling permainan utama yang dalam pegangannya walaupun berbadan kecil tetapi ototnya kuat. Jangan main-main tau. A and A iaitu Ain dan Adibah. Salah dua orang kawanku yang suka menyakat aku. Kalau dalam sifir, dua kali lima, lima kali dua saja. Kalau boleh kedua-dua belah tangan kena racun berbisa, kedua-dua belah memang akan kena. Kesian kat aku kan..COBAAN..
Cerita fasal Asma pula. Seorang yang bijak pandai dan otaknya boleh serap apa sahaja yang diberi walaupun mata tertutup. Duduk di belakang aku semasa dalam kelas manakala di sebelah aku semasa dalam makmal sains. Boleh saja nak cakap dalam Bahasa Inggeris dengannya (Memang tak ingat dunia). Last but not least aku sendiri, tak boleh dilupakan seorang ini iaitu Edzafirah yang mengarang dan menulis Tiga Al-Razi Iyagi. Bab menulis aku nombor satu tetapi apabila dalam peperiksaan aku jadi blur tak tentu fasal. Tak tahu kenapa.
Terimalah pantun ini, kepada rakan-rakanku. Semoga kisah ini menjadi peringatan untuk semua. Bagi aku walaupun kelas tahun ini tak macam kelas Dua BKAA dulu tetapi tahun ini juga yang terbaik.
Luasnya pemandangan saujana,
Dunia yang indah terpesona,
Ikhlas kemaafan diminta,
Jika tergurisnya hati insan tercinta.
Kita akhiri Tiga Al-Razi Iyagi dengan surah Al-‘Asr. Surah ini sepatutnya dibaca pada hujung majlis tapi ini bukan majlis. Tak mengapa lah. Baca saja dapat pahala juga kan...
Sekian.
Labels:
kengangan 3Razi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment