Friday, May 7, 2010
Kejadian Yang Lalu!
Syamrul dan sepupunya mengemas barang untuk ke Seremban. Tiada apa-apa lagi untuk diperbuatkan mereka di Johor, mereka terus bercadang meninggalkan segala kisah silam dan terus memulakan hidup baru.
“Kemas elok-elok jangan tertinggal barang pulak ya…” teriak Syamrul dari luar rumah.
“Baik.., Abang kami tengah kemas ni.” Zaid menyahut.
“Okey.. Kami dah siap.”
“All right., masuk dalam SHIP. Abang nak kunci pintu sekejap.” Syamrul mengarah Sepupu-sepupunya supaya masuk ke dalam kereta yang moden dan canggih itu.
“Semua dah masuk?”
“Dah. Barang semua pun dah masukkan. Semua settle abang.” Fahmi berkata dari belakang kenderaan itu.
“Jom bertolak.” kata Syamrul.
Syamrul dan sepupunya bertolak ke Seremban dan terus ke rumah lama Syamrul. Setibanya mereka disana, terbayangnya wajah kasih ibu dan ayahnya. Teringat kenangan manis bersama mereka tercinta, mereka yang telah membesarkannya di kediaman itu. Walaupun sederhana rumah itu, tetapi kasih sayang, cinta ibubapa sememangnya besar. Mata Syamrul berkaca-kaca mengimbas kembali kenangannya, Sepupu-sepupunya sedar bahawa Syamrul sedang berpelakuan sedikit murung saja ketika memarkir SHIP di depan rumahnya. Fahmi, Fasya, Zaid dan Zafifah terus keluar dengan barang-barang mereka dan membiarkan Syamrul bersendirian di dalam ship.
“Ibu…ayah…Syamrul balik…” katanya bersendirian seolah-olah diperkatakan kepada ibubapanya. Syamrul tersedar dan terus bangun mengambil barangnya.
“Ada sesiapa yang lapar?” setibanya di muka pintu Syamrul menanya soalan itu dengan nada bimbang.
“Tak. Kami tak lapar.” Serentak Fahmi, Fasya, Zaid dan Zafifah bersuara. Mereka berpandangan sesama sendiri lalu ketawa. Syamrul hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat gelagat sepupu-sepupunya. Dia terus masuk ke dalam biliknya iaitu bekas bilik ibubapanya kerana biliknya dulu telah menjadi milik Fahmi dan Zaid sekarang.
Malam sudah menjelma, Syamrul tidak boleh tidur. Dia bangun dari katilnya lalu mencapai telefon bimbitnya. Dia memegang telefonnya erat-erat, telefon itu adalah satu-satunya pemberian yang paling istimewa dan yang terakhir daripada ibu dan ayahnya. Syamrul baring sambil memegang erat telefon itu.
“Ayah… Syamrul mahu tepon tu.” Rengek Syamrul pelat.
“Ya lah. Nanti ayah belikan Syamrul, tunggu Syamrul meningkat ke sekolah menengah, boleh? Lagipun…Syamrul kecil lagi, baru enam tahun, nanti lah ya..” Encik Shah memujuk anak kesayangannya itu.
Syamrul hanya mengangguk tetapi seribu depa muncungnya. Ayahnya hanya menggeleng sambil tersenyum.
Syamrul tersedar dari lamunannya. Dia mahu mengingati balik apa yang terjadi, dia memejamkan matanya sekali lagi.
“Aik! Apa benda atas katil aku ni. Kotak apa ni?” Tanya Syamrul kepada diri sendiri kerana tiada orang tinggal bersamanya di rumah sekarang. Mesti ayah atau ibu yang letak kotak ni detik hatinya. Dia mengambil kotak itu lalu membukanya. Di kotak itu tertulis Tahniah! Kerana berjaya dalam PMR baru-baru ini. Ayah bangga dengan Syamrul. Ibu dan ayah sayang Syamrul. Ayah harap Syamrul belajar betul-betul biar berjaya untuk masa depan. Syamrul menatap nota itu lama. Dia membuka perlahan-lahan, ayahnya telah memberikannya sebuah telefon bimbit canggih malahan lebih canggih dari ayahnya. Syamrul berasa gembira dan terharu sedikit, ayahnya memberikan telefon yang secanggih ini. “Rasa kalah Siti Nurhaliza” kata Syamrul gembira.
Dia rasa mahu berlari jumpa dengan ibubapanya malangnya mereka di KL sekarang.
Dia terus menelefon ayahnya menggunakan telefon itu.
“Assalamualaikum.” Syamrul memulakan perbualan.
“Waalaikummussalam.” Semasa ayahnya menjawab, Syamrul terdengar bunyi aneh. Rasanya ayahnya tengah memandu.
“Syamrul?” panggil ayahnya.
“Ya ayah..em, Syamrul kacau ayah ke? Ayah dekat mana?” Tanya Syamrul.
Sebelum ayah dapat menjawab.“Ayah….Doom!..” bunyi kuat terdengar jelas di gangang telefon. Syamrul terkejut.
“Helo! Ayah!” panggilnya. Syamrul cemas, dia terus bangun dari katilnya. Dia cuba sekali lagi tetapi sebanyak manapun dia cuba tetap masuk ke peti suara. Makin cemas dibuatnya, dia mundar mandir di dalam biliknya. Sekian lama mencuba, tidak mahu berputus asa. Telefon itu berbunyi.
“Assalamualaikum.” Pantas Syamrul menjawabnya. Suara itu dikenalinya tapi bukan orang yang diharapkan.
“Waalaikummussalam. Syamrul.. uncle ada berita buruk untuk Syamrul. Syamrul buat bersabar ya.” En. Saifudin iaitu kawan kepada ayahnya.
Syamrul terdiam, kaku mendengar En. Saifudin berkata begitu. “Syamrul?” panggil En. Saifudin.
Syamrul tersedar, “Ya, saya uncle. Kenapa?” tanyanya hairan, tidak pernah sama sekali En. Saifudin menelefonnya.
“Syamrul….” Panggilnya lembut. “Sebenarnya ayah dan ibu Syamrul sudah tiada lagi, dah pergi meninggalkan kita semasa kemelangan di jalan raya.” Kata En. Saifudin. “Syamrul? Syamrul?” panggilnya.
Syamrul diam, dia seakan-akan tidak percaya apa yang dia dengar, apa yang keluar dari mulut En. Saifudin. Syamrul memutuskan taliannya bersama En. Saifudin. Mengalir air matanya, air mata sedih. “Adakah berita itu betul? Adakah ini cabaran yang diberi oleh Tuhan? Ya Allah…ini semua salah aku.” Syamrul berkata sambil menekapkan kedua-dua belah tangannya ke muka.
“Kenapa aku telefon dia orang masa tu? Argh! Betapa bijaknya aku ni!” dia tersandar di katilnya serta menguak rambutnya kebelakang. Air mata Syamrul tidak terhenti-henti. Dia takut untuk memastikannya, dia kesal dengan perbuatannya, dia salahkan dirinya bahawa dia yang membunuh ibubapanya. Dia terbayang-bayang bagaimana kejadian itu berlaku, kemelangan itu sangat memedihkannya.“Ni semua salah aku.”
Syamrul tersedar dari lamunannya. Dia bangun dan duduk disisi katil. Syamrul tidak akan lupa peristiwa itu, peristiwa yang membuatkan dia sensara, yang amat dikesalinya. Walaupun ibubapanya sudah tiada Syamrul tetap tidak akan berputus asa. Selama enam tahun tinggal bersendirian tanpa ibubapa, Syamrul tetap menjadi seorang yang berwibawa.
Pengajaran:
Walau apa pun yang menimpa kita, kita perlu sabar dan tabah menghadapi cabaran-cabaran itu. Jangan sesekali terfikir untuk berputus asa kerana kita tidak tahu apa yang akan jadi apabila kita sudah mencuba.
Labels:
Cerpen,
dulu,
Kejadian yang lalu,
yang lalu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment