Tuesday, June 28, 2011

Takdirku Dia



Takdirku Dia

Sekuntum mawar merah menawan,
Tercucuk duri bisa menyerang,
Bila hati sudah tertawan,
Bulan cinta mula mengambang.

Pada hari pertama Airin menetap di sekolah itu, Nabil mencuba nasibnya untuk memikat Airin. Malangnya, Airin jual mahal terhadapnya, Airin sering memberinya pelbagai syarat seperti berhenti merokok, selalu berpakaian sekolah yang bersih serta lengkap dan lain-lain. Oleh itu, Nabil berusaha untuk mendapatkan Airin, dia sanggup ubah penampilan dan sifatnya. Berbagai-bagai pengorbanan yang telah Nabil lakukan untuk gadis itu. Kini, hubungan mereka semakin rapat dengan pertolongan daripada Qistina iaitu kawan baik Nabil. Seperti biasa perwatakan Nabil yang kaki perempuan sememangnya akan mudah terpikat dengan wajah perempuan yang cantik tetapi perasaan yang dialaminya agak luar biasa. Persoalan yang tidak dapat dijawab sering bermain-main di fikirannya, adakah ini cinta ikhlas atau hanya permainan perasaan?
Selepas kelas petang, Airin dan Qistina duduk di bawah pondok yang menjadi rutin seharian mereka, sementara menunggu pengangkutan untuk pulang ke rumah. Manakala Nabil pula selalu duduk di situ menemani mereka sehingga kedua-dua gadis itu pulang, kemudian dia akan balik mengikut pagar belakang. Mereka berborak dan berbincang tentang kerja yang diberi guru tadi.
“Tina, tu bukan mak kau ke?” tanya Nabil kepada Qistina yang kusyuk menceritakan tentang artis-artis Korea kepada Airin terutamanya artis lelaki. Bagi Airin apa yang diceritakan oleh Qistina tidak begitu menarik kerana tanggapannya terhadap mereka yang bersifat seperti perempuan dalam erti kata lain bapuk tetapi Airin setia melayan rakannya itu. Qistina mengemas barang-barangnya.
“Selamat tinggal. Jumpa lagi lepas cuti. Eh, korang jaga-jaga ya..jangan sampai kena tangkap.” Sakat Qistina lalu pergi sambil tertawa girang.
“Airin, lambat lagi ke?”
“Lambat lagi apa?” Airin bertanya kembali ke Nabil.
“Ayah Airin lah. Lambat lagi ke nak sampai?” tanya Nabil dengan riak mukanya yang berkerut.
“Hm? Seriusnya. Jap lagi sampai lah kot. Nabil nak balik, balik lah dulu. Airin boleh tunggu sorang.“ Kata Airin sambil memandang ke arah pintu utama.
“Lah...terasa ke? Nabil mintak maaf. Cuma...“ belum sempat Nabil berkata Airin menyelah.
“Cuma apa? Takut kena tangkap macam yang Tina kata?” Airin tersenyum, niatnya untuk menyakat Nabil.
“Boleh lah nak kata macam tu.” Nabil tersengih, malu akan Airin. Airin tertawa.
“Lawak lah. Betul ke? Ingat nak sakat je, rupanya betul. Macam perempuan lah.”
“Ooo, ada niat ya. Tak baik lah Airin.” Kata Nabil.
“Ya lah, ya lah. Maaf.” Airin memandang ke pintu utama sekali lagi.
“Dah tu Airin, kenapa duk terjengah-jengah kat pondok jaga tu? Nak ngorat pak cik jaga ya?”
“Mana ada. Nak kahwin dengan pak cik jaga je lah. Tu yang tunggu dia keluar. Kenapa? Jealous ke?”
“Oh, ya ke!? Kecewanya.” Nabil separuh tunduk.
“Apa?” tanya Airin, walaupun dia sudah mendengarnya. Dia bagaikan tidak percaya apa yang dikata Nabil tadi.
“Tak ada apa-apa lah Airin. Eh, tu ayah Airin dah datang lah!”
“Ha’a lah. Study tau kat rumah.”
“Ya lah.” Nabil bangun, hendak beredar dari situ juga. Tiada apa lagi yang nak ditunggunya. Masing-masing ke arah tuju yang berbeza. Tiba-tiba Airin ingin tahu tentang perasaan Nabil terhadapnya, pemikirannya mula bercelaru. Serupa juga dengan Nabil.
“Airin.” “Nabil.” Panggilan mereka serentak dan ketika mereka bersemuka, suasana menjadi sunyi. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Satu demi satu soalan terlintas di fikiran. Apakah yang patut dikatakan?
“Airin, tadi panggil nak cakap apa?” pertanyaan itu memecah kesunyi di antara mereka.
“Nabil lah dulu. Nabil panggil Airin kenapa?” Airin memandang ke arah kereta ayahnya.
“Pergi lah balik dulu. Kesian ayah Airin tunggu tu.” Kata Nabil sambil tersenyum.
“Ok.” Airin terus pergi tetapi perasaannya meronta-ronta hendak tahu tentang itu. Nabil yang berdiri lagi di situ terkejut dengan perbuatan Airin yang menghentikan langkahnya. Airin berpatah balik ke Nabil.
“Kenapa Airin?”
“Airin nak tanya, apa perasaan Nabil bila bersama dengan Airin?” terus terang pertanyaan itu ditujukan kepada Nabil.
“Er..em..perasaan Nabil macam perasaan Airin. Perasaan Airin macam mana?” tergagap-gagap Nabil dan agak menggelabah. Terkejut beruk apatah lagi dengan soalan sebegitu, sungguh berani Airin berhadapan dengannya.
“Airin rasa sayang dan suka sangat bila bersama dengan Nabil.” Nabil terkejut selepas mendengar pengakuan Airin itu.
“Oh, Nabil tak rasa macam tu!” kata Nabil dengan nada serba salah. Airin berasa malu, hatinya agak terguris apabila mendengar Nabil berkata begitu. Dia hanya senyap lalu melangkah pergi.
“Nabil tak habis cakap lagi Airin.” Langkah Airin terhenti tetapi dia tidak berpaling, tidak sanggup menghadap wajah lelaki itu.
“Nabil tak rasa hanya sayang dekat Airin tapi Nabil ada rasa perasaan cinta antara kita.” Kata Nabil tersenyum. Airin berpaling ke Nabil lalu membalas senyuman itu.
“Betul? Bukankah Nabil ni budak playboy.” tanya Airin takut dibohongi dan disakiti serta riak wajahnya yang berkerut.
“Ya, betul. Em...er...malu lah pula nak cakap apa-apa dah.” Nabil tertunduk melindungi pipinya yang putih itu mula merah. Airin tertawa kecil sambil melangkah pergi ke kereta. Nabil tertawa mendengar apa yang dikata Airin. Dia sedar akan sifatnya yang mengalahkan perempuan. Nabil tersenyum seorang diri sepanjang perjalanannya pulang.
Sejak itu, Nabil berjaya memiliki Airin. Mereka berasa gembira bersama, ada yang kata mereka bagai pinang dibelah dua. Study bersama, pergi kelas pun sama-sama. Sejauh mana mereka lari daripada masalah, akan juga mereka hadapi. Sakit hati, iri hati, itu biasa dalam setiap percintaan. Semuanya berkaitan dengan hati yang merangkumi pelbagai perasaan.
Bermulanya pagi sekolah selepas cuti raya, masing-masing ke kelas mereka. Kelas mereka agak riuh-rendah pagi itu. Selepas itu, guru mereka masuk ke dalam kelas. Pembelajaran berjalan seperti biasa, pelbagai latihan diberi kepada mereka apatah lagi perperiksaan semakin hampir.
Rutinnya di sekolah tidak ditinggal, seperti biasa dia akan ke perpustakaan sekolah untuk memulangkan buku-buku yang dipinjamnya dahulu. Sudah selesai memulangkan buku-buku tersebut, dia terpandang akan Hadi si budak nerd yang berkaca mata besar, dia menuju ke arah Hadi niatnya hendak bertanyakan khabar. Lama juga tidak bercakap dengan Hadi.
“Boleh saya duduk kat sini?” tanya Airin sambil menarik kerusi yang bertentangan dengan Hadi. Hadi hanya mengangguk dan tersenyum manis.
“Apa khabar? Cuti macam mana?”
“Baik saja. Cuti? Ok lah.. awak pula?” Hadi bertanya kembali kepada Airin.
“Saya pun ok juga.” Setelah habis saja ayat itu, lantang nama Airin dipanggil. Lantas dia berpaling ke arah datangnya suara tersebut, dia terkejut melihat Nabil seakan marah akan dirinya dengan mukanya yang mencuka. Qistina yang menyusul dari belakang Nabil juga terkejut melihat Airin bersama Hadi. Suasana tiba-tiba menjadi riuh. Beberapa pelajar asyik menyaksikan lakonan drama sebabak itu, keadaan ini sememangnya tidak pernah berlaku sebegini.
“Woi! Hadi apa kau buat ha?” Hadi bangun, mukanya berkerut. Dia tahu keadaan dirinya dan Airin berdua-duaan itu mebuatkan Nabil dan Qistina salah faham.
Hadi memberanikan diri untuk melawan kata-kata Qistina, kata-kata tersebut menjadi bisa di pelusuk hatinya. Walaupun begitu, Hadi tetap sayang dan cinta akan Qistina. Disebabkan gadis itu fikirannya akan mula bercelaru apabila bersemuka, akan lidah menjadi kelu apatah lagi tubuh badan mula kaku. Sering juga pertanyaan ini timbul dalam fikirannya. Adakah ini cinta? Namun, persoalan itu belum lagi dijawabnya. Bagi dirinya cinta ini sememangnya sukar untuk ditempuh. Dia sanggup memendam semua perasaannya terhadap Qistina. Dengan hati yang rela dia melepaskan semuanya pergi tanpa apa-apa setiap kali bertemu tetapi sekarang lain. Dia hanya berlawan demi maruahnya. Qistina terus mengutuknya, semakin lama dia geram akan perempuan itu. Darahnya mula naik.
“Sudah! Cukup lah aku serik dengan kau asyik kutuk aku. Kau ingat kau tu baik sangat? Kau ingat kau bagus? Kau dengar sini, mulut tu jaga sikit. Kau kata aku perampas, betul?” bergema suara Hadi.
“Ya lah! Asal? Tak puas hati? Betul apa.” Qistina masih melawan.
“Memang tak puas hati. Apa bukti kau? Dengar sini perempuan, kau tu pun perampas juga. Kau rampas hati aku dari aku! Kau faham tak? Sesakit mana hati ni, aku tahan kerana kau. Macam mana aku boleh suka dekat kau? Kenapa yang kau benci sangat kat aku?” Setiap pertanyaan Hadi tidak dibalas. Qistina terdiam seribu bahasa mendengar kata-kata Hadi yang lantang itu. Airin yang masih berdiri sebelah Qistina dan Nabil yang bagaikan tunggul di depan muka pintu perpustakaan terkejut dengan kata-kata Hadi.
“Hm...ya, aku cinta akan kau.” Nada suara Hadi kembali reda dan perlahan lagi daripada itu. Hadi tunduk lalu pergi dari situ. Qistina hanya melihat lelaki itu beredar.
Pada masa yang sama, Sally si perempuan gedik sedang bercakap dengan Nabil. Airin melihat mereka begitu mesra dengan gelak ketawa tetapi dia tetap menuju ke arah mereka berdua. Sebelum dia sempat menegur, Sally menarik Nabil pergi dari situ, Nabil hanya mengikut tetapi pandangannya ke arah Airin bagaikan hendak membalas dendam. Setelah melihat kejadiaan itu, hatinya terguris. Adakah Nabil sengaja berbuat sedemikian?
Sudah lama mereka tidak bertegur sapa. Kejadiaan yang lalu itu masih memberi impak terhadap pasangan itu, Airin dan Nabil. Masing-masing menjalankan kehidupan sendiri, kedua-dua insan itu seperti tidak mengenali sesama sendiri. Lebih teruk lagi tiada seorang pun yang meminta maaf atau mengirimkan salam. Manakala, Qistina hanya mendiamkan dirinya tetapi semakin lama perasaannya terhadap Hadi berbunga. Hadi pula mula berubah, daripada berkaca mata besar, dia memakai kanta lekap. Dulu pelajar perempuan menghiraukannya. Kini, sebaliknya. Walaupun begitu, Hadi tetap dengan pilihannya. Qistina malu apabila bertemu dengan Hadi, tidak sangka hatinya akan terpaut pada lelaki itu. Bencinya menjadi sayang. Sejak dari peristiwa itu, mereka bersatu. Mereka merancang strategi untuk menyatukan Airin dan Nabil semula. Hadi mencadangkan bahawa mereka membuat study group, Nabil dan Qistina bersetuju.
Lonceng rumah berbunyi, kedengaran suara orang memberi salam. Encik Syah menjawab salam tersebut lalu membuka pintu. Terkejut melihat Nabil di depan pintu.
“Pak cik, boleh saya berjumpa dengan Airin?” Encik Syah tidak tahu apa yang nak dikata, dia memandang ke dalam rumah mencari kelibat anaknya. Airin melangkah keluar dari dapur lalu ke biliknya, tetapi langkahnya terhenti melihat ayahnya memanggil. Agaknya mesti Nabil, dia menggelengkan kepalanya. Encik Syah faham maksud anaknya itu.
“Maaf Nabil, Airin sibuk.”
“Terima kasih ya pak cik, tolong sampaikan yang Tina mengajaknya ke taman petang nanti.” Nabil tersenyum lalu pergi. Perasaan rindu mula terasa.
Petang itu Airin muncul dengan seorang jejaka kacak lagi berkerampilan setaraf Nabil yang suka bergaya. Hati terguris semakin disiat-siat halus, sakit rasanya melihat Airin bersama lelaki itu. Riak wajah cemburu terserlah, Airin tersenyum sambil perkenalkan Syahir kepada mereka. Nabil bangun lalu pergi dari situ, geram terhadap Airin. Syahir tersenyum lalu berbisik kepada Airin.
“Pergi lah pujuk tu, racangan kamu berjaya.” Airin memandang ke arah Syahir lalu pergi menuju ke Nabil, Hadi dan Qistina tercengang. Tidak tahu apa yang terjadi.
“Nabil..” Dia amat merindukan suara itu. Entah kenapa dia teringat akan suara itu sedangkan perempuan itu sudah ada yang lain.
“Kenapa ni? Cemburu ke?”
“Argh..! Apasal aku ni? Mimpi tengah-tangah petang pula.” Jeritnya sambil berpusing ke belakang lalu terkaku. Rupanya Airin sudah ada di belakangnya.
“Mimpi apa pula ni Nabil?” Airin tertawa.
“Apa ketawa-ketawa? Pergi lah kat orang baru tu.” Nabil berkata lalu membelakangi Airin.
“Cemburu ya. Syahir tu sepupu Airin lah.” Tertawa Airin melihat gelagat Nabil.
“Oh, ya ke?!” Pipi Nabil bertukar merah sambil memandang Airin.
“Ya lah. Airin minta maaf sebab kejadiaan sebelum ni buatkan kita renggang. Kenapa Nabil pergi dengan Sally?”
“Nabil pun minta maaf. Salah Nabil juga, Nabil sengaja tapi Nabil menyesal sangat buat macam tu kat Airin.” Sejuk hati Nabil mendengar suara itu. Seraut wajah diamatinya.
“Tapi...”
“Tapi apa Airin?” Nabil berasa ada sesuatu yang mengangggu. Hatinya mula berdebar.
“Minggu depan Airin pindah ke KL ikut ayah, ayah dapat kerja dekat sana. Dekat dengan nenek, boleh Airin jaga.” Hati yang telah ditapung semula bercerai kembali. Nabil diam seketika, selepas berfikir panjang dia terus memujuk Airin supaya jangan berpindah sebelum SPM. Airin terpaksa menolak cadangan Nabil. Dia perlu patuh akan ayahnya, lagikan dengan keadaan nenek yang tidak sihat itu. Resah hatinya mahu melepaskan si dia.
Sebulan sebelum SPM, tibanya masa Airin meninggalkan Nabil. Perit rasanya untuk meninggalkan orang tercinta. Lambaian terakhir, seraut wajah disemat di dalam hati, kata-kata diluahkan jua.
“Airin...Nabil akan rindu Airin. Jaga diri elok-elok, Airin pun jangan nakal ya dekat sana nanti. Kalau ada masa, jenguk lah Nabil kat sini. Hadi dengan Qistina pun ada tunggu Airin juga. Nabil harap Airin tak lupakan Nabil, cinta dan kasih sayang Nabil curahkan ikhlas kepada Airin. Terima kasih atas segala pertolongan yang diberi. Kalau tiada lagi panggilan daripada Airin, Nabil anggap Airin tak perlukan Nabil lagi. Peluang yang diberi ni akan Nabil ingat sampai bila-bila. Selamat tinggal sayang...” kata-kata itu dia ingat sampai sekarang.
10 tahun sudah berlalu, seorang jejaka masuk ke dalam klinik lalu menuju ke kaunter.
“Maaf cik, boleh saya berjumpa dengan doktor?” minta lelaki itu.
“Silakan, tiada pesakit pun.” Selepas saja misi berkata begitu, jejaka tersebut masuk ke dalam bilik doktor.
“Ya, silakan duduk. Encik sakit apa?” tanya doktor perempuan itu yang sedang membasuh tangannya tanpa melihat ke arah pesakitnya.
“Saya sakit rindu doktor.”
“Hm? Awak sedarkan saya bukan doktor cinta, saya doktor penyakit.” Tanpa memandang ke arah pesakitnya lagi, dia terus masuk ke dalam bilik ubat.
“Doktor sibuk ke? Saya ni sakit lah. Apa punya doktor ni?” sengaja dia meninggikan suara.
“Hai…encik..” kelu lidah apabila terlihat nama yang tertulis di kad pesakit. Akhirnya, si doktor memandang ke arah pesakit. Bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya.
“Hai Airin.” Kata jejaka itu.
“Nabil?”
“Ya Airin, nampaknya Airin perlengkap takdir Nabil.”
Akhirnya, bersatu lah semula kedua-dua insan itu membina keluarga hingga ke anak cucu. Manakala Hadi dan Qistina sudah dikurniakan dua orang cahaya mata. Mengertilah bahawa cinta bukanlah suatu perjuangan tetapi cinta sangat bernilai jika diperjuangkan.

No comments:

Post a Comment