Secara jujurnya, aku memang dah tak ada idea yang boleh diguna pakai supaya aku dapat letak dalam blog ni. Namun, tiba-tiba aku teringat sesuatu. Hari tu, guru kelasku, Cikgu Mazni suruh pelajar-pelajar 5 Al-Razi buat buku skrap Karangan Bahasa Melayu. Semestinya kumpulan aku dah siap dulu, sebab ada aku ni sebagai ketua. Kononnya lah kan..Aku pun tak tahu ketua kumpulan aku ni siapa. haha. Aku ni strict sikit kalau bab-bab buat kerja. Dalam buku skrap tu aku kena masukkan Harapan SPM kita orang. Means...Aku n kawan-kawan dalam kumpulan aku lah. Nama kumpulan aku ialah inteligensia, maksudnya golongan yang bijak pandai.. Amin.. Jadi, ini lah hasil karangan kot, hm...penulisan Harapan SPM. Mula-mula, aku kutip harapan seorang satu daripada dia orang dan aku edit. Akhirnya...Taadaa.. =P Gedik lah pulak!.. ^^
Harapan SPM
Setiap insan
pasti ada harapan.
Tamsilnya, harapan seorang
ibu melihat anaknya
membesar, harapan seorang
bapa yang inginkan
anak yang soleh
ataupun solehah dan
harapan seorang anak
yang mahu memberikan
kebahagiaan kepada kedua
ibu bapanya. Bagaimanakah
harapan itu boleh
tercapai? Sudah pasti
setiap individu harus
mengembleng tenaga dalam
mengejar harapan masing-masing. Dengan
doa, usaha, istiqamah
dan tawakal, boleh
sahaja kita capai sesuatu
perkara dengan izin
Tuhan. Insya Allah.
Pasti semua
orang kenal Nur
Asma Binti Mazlan,
pelajar yang tinggi
IQnya. Dia pasti
meraih kejayaan dengan
harapannya iaitu mahu
mendapat keputusan SPM
yang cemerlang dan mahu ke
Moscow. Katanya, “Nak
dapat result molek
SPM, lepas tu
nak terbang ke
Moscow.”
Seterusnya, insan
yang dikenali sebagai
Umi Munirah Binti
Nasir. Pelajar 5
Al-Razi yang terkenal
dengan gayanya yang tersendiri. Agak pendiam tetapi
peramah jika sudah
kenal dengannya. Kata
umi dia mahu
mendapat keputusan yang
cemerlang. Amin… Itulah
yang ditulis apabila
saya minta harapan
SPMnya.
Sarah Yumni
Binti Suwandi juga
salah seorang calon
SPM dari kelas
5 Al-Razi. Dia
merangkap jawatan Ahli
Lembaga Koperasi. Hanya
orang yang cekap
sahaja dapat membuat
tugas di Koperasi
SMK Badrul Alam
Shah. Kata Sarah,
dia mahu keputusan
yang cemerlang supaya
dapat bahagiakan hati
umi dan abahnya.
Berikutnya, giliran
Mohamad Hasraf Bin
Toharudin. Satu-satunya jejaka
dalam kalangan para
gadis kumpulan kami. Orangnya kadang-kadang
gabra tidak tentu
fasal tetapi dialah
pelajar yang baik
hati. Harapannya ingin
berjaya dalam SPM
dan mendapat kenikmatan
di akhirat.
Akhir sekali,
saya Nur Edzafirah
Binti Eddie. Saya
kini merangkap jawatan
tertinggi sekolah dan
pelajar target SPM
bersama kawan-kawan saya
yang lain. Harapan
SPM saya ialah
saya mahukan 9A+
SPM untuk dihadiahkan
kepada ibu dan
ayah saya. Mungkin
mustahil, mungkin tidak,
saya akan lakukan
yang terbaik dan
capai kejayaan SPM
bersama-sama dengan rakan-rakan.
Sebagai penghias
wacana, saya kupas
kata-kata yang dikalaf
oleh Usman Awang,
“kalau hidup ingin
merdeka, tiada tercapai
hanya berkata, ke
muka maju sekata,
maju kita melemparkan
jauh jiwa hamba.”
Kata-kata itu ibarat
kami pelajar SPM,
jika ingin kemenangan
dalam peperangan, harapan
bukanlah angan-angan, mahu
sahaja kita kehadapan,
impian digenggam erat
dan mapan.
No comments:
Post a Comment