Copy and Paste. Biasalah... Baca tahu. Pasti kamu semua akan tersenyum mengenangkan Rasulullah SAW..
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah
menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan
rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai
sembahyang.
4) Pernah baginda pulang pada waktu
pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun
yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira
adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa
wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak
gementar,'Isteriku sangat keraskepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil
juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s.
a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu?'
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhu'nya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak
sedikit pun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam
solat.Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu
rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup
seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu
sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung
bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah
tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah...mengapa
setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan
di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,
buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah
bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan
mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah
akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi
beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar
umatku kelak tidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang
kelaparan di Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit
pun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi
di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH
S.W.T dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah S.A.W menolak
sama sekali rasa ketuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di
depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam
hari,terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah
payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini
hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang
bersyukur.'
No comments:
Post a Comment