Karangan Pembuangan Bayi.
Soalan - Anda
akan menyertai pertandingan pidato sempena Kempen Bulan Bahasa peringkat daerah. Tajuk pidato anda ialah "Membanteras Gejala
Pembuangan Bayi".
Sediakan teks pidato itu selengkapnya.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu dan
selamat sejahtera.
Sejambak kasih,
sekalung budi, saudari
pengerusi majlis, barisan
panel hakim yang
arif lagi berkarisma,
penjaga masa yang
setia, yang dimuliakan
pendidik keringat serta
rakan-rakan seperjuangan. Sambutlah
salam sejahtera dan
salam satu Malaysia
saya.
Keindahan alam kekal hakiki,
Hati terpikat pemandangan seyojana,
Dilantai ini hamba
jejaki,
Merungkai frasa penuh
bermakna.
Sebelum bibir
mengorak bicara, sebelum
hujah dimapankan bukti,
biarlah saya canangkan
dahulu tajuk pidato
saya yang berbunyi “Membanteras
Gejala Pembuangan Bayi.”
Maka, izinkan saya
merungkai misteri kalimat
yang menyembunyikan setiap
frasa tajuk kita
hari ini. Mengikut
Kamus Dewan Edisi
Keempat, pembuangan membawa
maksud perihal membuang
manakala frasa bayi
pula ialah anak
kecil yang baru
dilahirkan. Jelaslah, rangkai
kata pembuangan bayi
bermaksud perihal membuang
anak kecil yang
baru dilahirkan. Isu
pembuangan bayi sering
meniti di bibir
ke bibir umat
manusia di segenap
empat penjuru dunia.
Isu ini juga
sering dipaparkan di
kaca televisyen dan di dada
akhbar. Hal ini demikian kerana
kadar jenayah pembuangan
bayi kian meningkat
dan menjadi buah
mulut orang ramai.
Tindakan membuang bayi ini
adalah jenayah yang amat besar dosa dan
hukumannya dalam Islam.
Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa
ayat 93, “Dan sesiapa yang membunuh
seorang mukmin dengan sengaja,
maka balasannya ialah neraka
jahanam kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan azab seksa
yang besar”.
Oleh itu, gejala
pembuangan bayi harus
dihapuskan hingga ke
akar umbinya agar
Malaysia bebas jenayah
pembuangan bayi.
Saudara saudari
yang dihormati sekalian,
Indikator saya
yang pertama, memberi
motivasi atau ceramah
kesedaran khususnya buat
para remaja. Motivasi
tersebut tidak perlu
diberi oleh kaunselor
atau penceramah yang
termasyhur lagikan hebat
dengan membayar bayaran
yang amat lumayan.
Sedangkan pendidik yang
paling hampir dengan
remaja datangnya daripada
ibu bapa. Ibu
bapa boleh memberi
motivasi atau ceramah
ringkas tentang kebejatan
moral kini, biasanya
keluarga akan menjamu
selera makan malam
bersama. Waktu itulah
yang terbaik bagi
ibu bapa menyentuh
isu-isu yang berkaitan
dengan remaja. Jika
di sekolah, munkin
guru-guru kaunselor ataupun
pihak sekolah memanggil
penceramah dari luar
untuk menyampaikan motivasi
remaja. Mereka pasti
akan mendedahkan berkenaan
video-video kesan buruk
akibat kebobrokan sosial
dan pembuangan bayi.
Memberi kesedaran kepada
para remaja untuk
kembali ke pangkal
jalan jika sudah
terlanjur. Program sebegini
mampu untuk menginsafkan
para anak watan
pewaris bangsa serta
menyakinkan mereka bahawa
masih ada peluang
untuk mereka diterima
oleh masyarakat. Pastinya
semangat mereka akan
bangkit semula. Seterusnya,
program tersebut juga
bakal menimbulkan perasaan
gerun akan hukuman
dan dosa yang
bakal diterima oleh
mereka jika perbuatan
terkutuk itu dilakukan.
Umpama pepatah sesal
dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya
menjelaskan tentang wajarlah
beringat sebelum nasi
menjadi bubur. Jelaslah
program sebegini dapat
membuka mata remaja
berkenaan padah yang
diterima daripada aktiviti
gejala sosial dan
pembuangan bayi.
Hujah saya
yang kedua terangkum
dalam aspek pendidikan
awal. Ibu bapa
memainkan peranan penting
dalam memberi pendidikan
awal kepada anak-anak.
Intrinsik seseorang individu
itu amat berkait
rapat dengan didikan
awal yang diberikan
oleh ibu bapa.
Ibu bapa tidak
seharusnya memberi pendidikan
sahaja tetapi mereka
perlu menjadi contoh
ataupun suri teladan
kepada anak-anak, janganlah
jadi seperti ketam
mengajar anaknya berjalan
betul. Jika ibu
bapa tersilap langkah
dalam mendidik anak-anak,
padah yang buruk
bakal diterima kerana
didikan ibu bapalah
yang membentuk diri
anak itu. Sesungguhnya
seseorang anak itu
mencerminkan ibu bapanya.
Sifat ibu bapa,
sifatnya juga. Biarlah
sejak kecil lagi
anak-anak perlu tahu
akan kesan buruk
gejala sosial serta
pengertian pembuangan bayi,
persis pepatah Melayu “melentur
buluh biarlah dari
rebungnya”. Semua ibu
bapa pasti tahu
akan minat anak-anak
mereka. Anak-anak lebih
gemar bermain daripada
mendengar kata-kata yang
dikalafkan oleh ibu
bapa. Mereka sering
lalai dengan keseronokan dunia
walaupun di usia
yang muda. Ibu
bapa harus menggunakan
cara yang serasi
dengan kanak-kanak kini
iaitu belajar sambil
bermain. Ibu bapa
boleh menggunakan wadah
pembelajaran yang menyeronokkan
seperti anak patung
mampu digerakkan oleh
ibu bapa supaya
melakonkan perkara yang
tidak seharusnya diikut.
Selain itu, di
rumah merupakan waktu
pembelajaran yang tidak
formal. Pada zaman
dahulu, selalunya ibu
bapa akan menyampaikan
pantun-pantun atau cerita
yang memberi pengajaran
serta nilai-nilai murni.
Tidak salah jika
ibu bapa zaman
kini menerapkan cara
tersebut di rumah
bersama anak-anak. Ibu
bapa perlu membentuk
anak-anak agar tidak
terjebak dengan perkara
negatif. Anak-anak umpama
sehelai sutera putih,
ibu bapalah yang
bakal menyorakkannya sama
ada Majusi, Yahudi
mahupun Nasrani. Oleh
itu, didikan yang
sempurna haruslah diberi
kepada anak-anak agar
gejala pembuangan bayi
ini dapat dibendung
sekali gus dapat
dilenyapkan dari muka
bumi.
Hadirin yang
saya muliakan,
Idea
saya yang ketiga
berpandukan perspektif penjiwaan
dalam ilmu agama.
Para remaja perlu
mendalami ilmu agama
di usia yang
seawal mungkin bagi
memandu hala tuju
hidup mereka. Jika
awal-awalnya sudah tersasar
ke jalan yang
terpesong, cepat-cepatlah kembali
ke pangkal jalan.
Sesungguhnya masih ada
masa dan tidak
terlambat lagi untuk
berhijrah. Keimanan yang
mapan dan pegangan
agama yang mantap
dapat menjadi benteng
pertahanan buat para
anak watan pewaris
bangsa dari sebarang
anasir kebobrokan sosial
yang meruntuhkan bangsa.
Para remaja harus
mendalami ilmu agama
dengan lebih terperinci
iaitu dalam pelbagai
aspek seperti ilmu
Ibadah, Akidah, Adab
dan sebagainya. Contohnya,
Kementerian Pelajaran Malaysia
telah meletakkan topik
Perkahwinan Dalam Islam
di dalam aspek
Ibadah sebagai medium
pembelajaran remaja-remaja di
alma mater agar
mereka mengetahui bahawa
ikatan yang sah
mengikut syarak adalah
penting dan perlu
diimplementasikan dalam kehidupan.
Justifikasinya, pihak sekolah
telah meringankan beban
ibu bapa di
rumah dalam mendidik
anak-anak. Hal ini
demikian kerana apabila
iman seseorang itu
utuh, mereka akan
dapat membezakan antara
perkara yang baik
dan perkara yang
buruk dengan lebih
jelas dan nyata.
Mereka juga akan
menjaga kehormatan diri
serta mengawal batas-batas
perhubungan mengikut syariat
Islam yang sebenar.
Dengan itu, aurat
seorang gadis disimpan
rahsia daripada para
jejaka, manakala iman
seorang jejaka mungkin
mampu melawan atau
memerangi nafsu-nafsi yang menjadi musuh
setiap insan. Mereka
akan menghindarkan diri
daripada kegiatan haram
yang bakal terjerumus
ke lembah maksiat.
Natijahnya, para remaja
perlu mempunyai cara
hidup seperti masyarakat
Islam bukannya seperti
masyarakat zaman Jahiliah
dahulu.
Hadirin sekalian,
Indakator saya
seterusnya ialah mengukuhkan
institusi kekeluargaan. Pengukuhan
institusi kekeluargaan merupakan
tunggak yang paling
utama. Ibu bapa
perlu berusaha untuk
mewujudkan sebuah institusi
kekeluargaan yang aman
supaya dapat merealisasikan slogan
“Rumahku Syurgaku”. Perkataan
ini sedap disebut
bahkan sedap juga
didengar di halwa
telinga kita. Semua
orang mahukan kediaman
mereka indah, selesa,
damai dan sejahtera.
Namun, berapa ramaikah
yang berusaha untuk
menjadikan keluarganya bahagia?
Keluarga merupakan insan
terdekat yang boleh
dipercayai dan tempat
untuk mengadu. Remaja-remaja
kini sensitif dan
mudah mendapat tekanan
daripada iklim sekeliling.
Mereka perlukan seseorang
yang boleh dipercayai
agar isi hati
mereka yang terbuku
di dalam diri
dapat diluahkan bersama.
Mereka juga mahukan
tempat rujukan yang
sahih dan boleh
membimbing mereka ke arah
kejayaan. Walakin begitu,
mereka malu untuk
bertanya kepada ibu
bapa lalu mereka
menyimpan perkara-perkara yang
hendak diketahui mereka
sebagai harta karun
di hati. Jadi,
ibu bapa hendaklah
bertanya kepada anak-anak
jika mereka ada
masalah. Anak-anak juga
harus merujuk kepada
ibu bapa jika
terdapat sebarang perkara
yang merungsingkan minda
agar kemelut kehidupan
dapat dielakkan. Ibu
bapa juga harus
memberi perhatian kepada
anak-anak agar mereka
tidak bergiat dalam
kegiatan gejala sosial
yang kini semakin
berleluasa. Rakan-rakan sebaya,
aktiviti-aktiviti seharian dan
jadual waktu anak-anak
perlu diambil tahu
oleh ibu bapa.
Ibu bapa sebagai
tiang utama dalam
membangunkan institusi kekeluargaan
mestilah memberi kasih
sayang yang secukupnya
kepada anak-anak dan
perbuatan pilih kasih
antara satu sama
lain perlulah dielakkan.
Hal ini demikian
kerana dapat memecahbelahkan perpaduan
dalam keluarga dan
boleh mengundang kepada
perpecahan serta huru-hara
kepada institusi kekeluargaan.
Dengan cara sebegini,
hubungan kekeluargaan dapat
dirapatkan dan sebarang
permasalahan boleh diselesaikan
dengan cara yang
berkesan dan bersama,
bak kata peribahasa,
“bukit sama didaki,
lurah sama dituruni”.
Deduksinya, usaha
pasti akan membuahkan
hasil kalau pelbagai
langkah yang efektif
dan drastik dilaksanakan
segera bagi mengatasi
krisis yang sudah
bersarang lama di
negara kita. Selain
itu, semua pihak
harus berganding bahu
dalam membanteras gejala
pembuangan bayi agar
gejala tersebut tidak
berleluasa. Jadi, marilah
kita sama-sama membasmi
jenayah ini hingga
ke akar umbi.
Sekian sahaja
pidato saya kali
ini, dan saya
ingin memohon maaf
sekiranya tersilap kata
dan terdapat tutur
bicara yang kurang
sopan semasa saya
menyampaikan pidato sebentar
tadi.
Mentari segar
bangkit indah,
Terpesona gah di
pagi hari,
Berhujah sudah,
bersyarah sudah,
Izinkan saya
mengundur diri.
Sekian, wabilahitaufik walhidayah
wassalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.
No comments:
Post a Comment