Minta maaf jika karangan ini mempunyai kesalahan tatabahasa yang ketara, karangan ini merupakan karangan daripada sesi pemulihan saya bagi mendapat markah yang lebih baik dalam peperiksaan. Cikgu saya cakap karangan yang ini adalah karangan yang terbaik daripada saya. Maknanya lebih baik daripada sebelum ini. Saya menjalani pemulihan ini dengan bantuan Cikgu dan karangan ini hasil air tangan selama beberapa kali mencuba. Terima kasih cikgu di atas segala nasihat tentang penulisan dan dalam mengejar target saya. Sepanjang saya menduduki peperiksaan, mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan subjek 'Killer' bagi saya. Saya harap usaha saya dapat memberi impak yang lebih kepada saya dalam peperiksaan saya nanti. Semoga karangan ini dapat membantu rakan-rakan yang lain.
Karangan
Bahagian B
Soalan :
Keluarga memainkan
peranan penting dalam
mencorakkan kehidupan anak-anak.
Oleh itu, pendidikan
anak-anak sebenarnya bermula
dari rumah.
Berikan pendapat
anda tentang peranan
keluarga dalam pembentukan
sahsiah anak-anak.
Rangka :
(Fokus - Keluarga)
Pendahuluan
PT - Gejala
sosial sudah berleluasa
Suasana -
Pengaruh
Contoh - Mengambil
dadah
Pendapat -
Perdana menteri Malaysia
Mengapa? -
Pendidikan remaja yang
dangkal (kaitkan tajuk)
Ayat fokus - Oleh
itu, (Tajuk)
Isi :
- Memberi
kasih sayang -
kepada anak-anak
- memberi
tumpuan dan meluangkan
masa bersama
- aktiviti
riadah / permainan
dalam
- tidak
mementingkan kerjaya
- anak-anak
akan lebih selesa
- Didikan
awal. - sejak
kecil
- ilmu
duniawi dan ukhrawi
- nilai-nilai
murni (rasional,….)
- beri
akibat membuat perkara
yang buruk
- melentur
buluh biarlah dari
rebungnya
- Menjadi
suri teladan -
anak-anak belajar daripada
penglihatan mereka
- jika
buruk, mereka juga
akan jadi buruk
- ibu
bapa mahupun kakak
ataupun abang
- menjadi
contoh terbaik
- Memberi
nasihat - setiap
masa
- anak-anak
tidak lupa
- contoh
nasihat
- menggunakan
kata-kata yang baik
- anak-anak
akan berasa dihargai
- kata-kata
itu sebagai pendorong
dan panduan
- kata-kata
Davey John Scwarts
- Pemantauan
dan
Pengawasan -
mengawasi pergerakan anak-anak
- tingkah
laku anak-anak
- pengaruh
luar
- terlibat
dengan gejala
- melepak,
berlumba haram
- ambil
tahu tentang aktiviti
dan rakan-rakan mereka
Kesimpulan :
PT - kaitkan
soalan
Mengapa? -
tenaga-tenaga orang muda
diperlukan
- meraih
kemajuan negara
- orang
muda merupakan aset
penting negara
- merealisasikan hasrat
Perdana Menteri
Bagaimana? -
ahli keluarga terutamanya
ibu bapa
- bergandig
bahu
- melahirkan
individu cemerlang
- tidak
melibatkan diri dalam
gejala tidak sihat
Amaran -
jika…., anak-anak…….
Kepentingan -
oleh itu,….
Karangan :
Pada
zaman pasca kemerdekaan
ini, gejala sosial
semakin berleluasa di negara
kita. Hal ini
demikian kerana remaja
semakin bebas bergaul
dan mudah terpengaruh
dengan ajakan orang.
Remaja akan bergiat
dalam aktiviti-aktiviti kebobrokan
sosial seperti berlumba
haram, mengambil dadah
dan lain-lain. Perdana
Menteri Malaysia, YAB
Datuk Seri Mohd
Najib Tun Abdul
Razak menjelaskan bahawa
gejala sosial ini
akan mendatangkan banyak
masalah kepada negara
kerana remaja merupakan
aset penting dalam
pembangunan negara. Pendidikan
remaja yang dangkal
kini menyebabkan mereka
senang terpengaruh. Keluarga
memainkan peranan penting
dalam mencorakkan kehidupan
anak-anak kerana pendidikan
anak-anak sebenarnya bermula
dari rumah. Oleh
itu, terdapat pelbagai
peranan keluarga dalam
membentuk sahsiah anak-anak.
Salah satu
peranan yang boleh
diambil ialah ibu
bapa hendaklah memberi
kasih sayang. Kasih
sayang yang secukupnya
perlu diberikan kepada
anak-anak agar mereka
rasa dihargai dan
disayangi. Ibu bapa
harus memberi tumpuan
dan meluangkan masa
bersama anak-anak. Ahli
keluarga boleh meluangkan
masa bersama dengan
melakukan aktiviti beriadah
atau permainan dalam.
Ahli keluarga bukan
sahaja dapat mengeratkan
hubungan silaturrahim malah
dapat mengisi masa
lapang selaras dengan
peribahasa menyelam sambil
minum air. Ibu
bapa tidak seharusnya
mementingkan kerjaya semata-mata.
Hal ini demikian
kerana anak-anak yang
menghadapi masalah hubungan
dengan ibu bapa pastinya akan
mengalami masalah sahsiah
diri dan sering
terlibat dengan gejala
sosial. Anak-anak yang
tidak cukup kasih
sayang ini akan
bertindak dalam melakukan
perkara-perkara negatif sebagai
penunjuk perasaan. Namun
begitu, jika ibu
bapa terlalu memanjakan
anak-anak, mereka juga
akan berani melakukan
aktiviti-aktiviti itu. Mereka
akan merasakan mereka
bebas dalam menjalani
kehidupan. Jadi, ibu
bapa perlu berhati-hati
dan sentiasa mengambil
tindakan yang berbeza
dalam memberi kasih
sayang kepada anak-anak
supaya anak-anak akan
lebih selesa.
Selain itu,
ibu bapa mestilah
memberi didikan awal
kepada anak-anak. Ibu
bapa perlu mendidik
anak-anak sejak kecil
lagi, bak kata pepatah, “melentur
buluh biarlah dari
rebungnya”. Hal ini
disebabkan oleh anak-anak
dapat terdedah dengan
ilmu pengetahuan lebih
awal dan akan
memahami ilmu pengetahuan
dengan lebih mapan
apabila mereka meningkat
dewasa kelak. Misalnya,
ibu bapa mesti
mendedahkan ilmu ukhrawi
kepada anak-anak terlebih
dahulu sebelum ilmu
duniawi. Dengan ilmu
ukhrawi iaitu ilmu
agama, ibu bapa
dapat mencorakkan anak-anak
dengan sahsiah yang
lebih utuh. Anak-anak
akan dapat membezakan
antara perkara buruk
dan baik bahkan
mengenal pasti dosa
serta pahala. Ilmu
duniawi pula sebagai
tambahan bagi memantapkan
lagi sahsiah anak-anak.
Nilai-nilai murni hendaklah
diterapkan dalam diri
anak-anak. Contoh nilai
murni ialah rasional.
Dengan nilai tersebut,
anak-anak dapat berfikir
secara matang dan
tidak mengambil keputusan
serta jalan yang
mudah dalam memilih
haluan hidup. Pasti
semua sudah tahu,
kita bukan sahaja
mengejarkan kejayaan di
dunia malahan di
akhirat juga. Jelaslah,
ilmu sangat penting
dalam melahirkan individu
yang terampil dan
berakhlak mulia.
Di
samping itu, ibu
bapa perlulah menjadi
suri teladan yang
unggul. Ibu bapa patut menunjukkan
contoh yang baik
kepada anak-anak kerana
anak-anak akan mengikut
jejak ibu bapa,
ibarat peribahasa, “bapak
borek anak rintik”.
Mentelah lagi, sikap
anak-anak yang gemar
meniru perkara-perkara yang
dilihat oleh mereka
membuatkan mereka mudah
terpengaruh tanpa memikirkan
baik mahupun buruk.
Tamsilnya, apabila ibu
bapa bergiat dalam
salah laku seperti
merokok, minum air
alkohol dan sebagainya,
anak-anak juga akan
terikut sama. Bagi mereka
perkara yang dilakukan oleh
ibu bapa, pastinya
perkara yang baik-baik
belaka. Lebih-lebih lagi,
anak-anak belajar daripada
perkara yang dilihat.
Jika ibu bapa
menunjukkan sifat egoistik,
individualistik,
materialistik dan sifat-sifat
buruk lain, sudah
tentu ibu bapa
akan mencanai generasi
muda yang tidak
berakhlak dan berbudaya
sumbang. Ringkasnya, semua ahli
keluarga harus menjadi
yang terbaik untuk
melahirkan individu yang
berakhlak mulia.
Seterusnya, peranan
ibu bapa dalam
memberi nasihat kepada
anak-anak juga penting
bagi mencorak sahsiah
mereka. Ibu bapa
harus menjadi motivator
dalam keluarga. Ibu
bapa juga boleh
memberi nasihat, motivasi
dan kata-kata semangat
kepada anak-anak pada
setiap masa agar
anak-anak tidak akan
lupa. Contohnya, ibu
bapa boleh memesan
anak-anak supaya belajar
bersungguh-sungguh sebelum mereka
ke sekolah ataupun
turun dari kenderaan
yang dinaiki. Kata-kata
yang diberi oleh
ibu bapa perlulah
mengandungi unsur-unsur semangat.
Hal ini bersangkut-paut dengan
diri anak-anak sebagai
remaja. Kata-kata itu
juga mampu menjadi
sebagai semangat dan
pendorong kepada anak-anak
supaya terus berusaha
dan menjadi seorang yang
berketerampilan tinggi. Tegasnya,
setiap individu memerlukan
motivator untuk memberi
kata-kata semangat seperti
yang dikatakan oleh
Davey John Schwartz,
“yang paling kita
perlukan dalam hidup
ialah adanya seseorang
yang selalu memberi
semangat untuk melaksanakan
hal-hal yang dapat
kita kerjakan”.
Seperkara lagi, pemantauan dan
pengawasan hendaklah dilakukan
oleh ibu bapa.
Ibu bapa perlu
mengawasi pergerakan anak-anak
dalam semua situasi
dan keadaan. Tingkah
laku anak-anak harus
dipantau sama ada
di rumah ataupun
di sekolah. Hal
ini demikian kerana
pengaruh luar seperti
pengaruh media massa,
pengaruh rakan sebaya
dan sebagainya dapat
mengancam diri anak-anak
untuk lebih cenderung
dalam mencuba gejala-gejala
buruk. Contoh gejala
sosial ialah anak-anak
terlibat dalam perlumbaan
haram, pengambilan dadah,
melepak dan lain-lain.
Ibu bapa seharusnya
arif tentang aktiviti
seharian anak-anak serta
mengetahui tentang latar
belakang rakan-rakan mereka.
Hal ini sebagai
langkah berhari-hati agar
anak-anak tidak salah
memilih kawan dan
mengenal pasti aktiviti
yang kurang sihat
untuk anak-anak. Dengan
cara ini, ibu
bapa dapat membentuk
sahsiah anak-anak dengan
lebih baik.
Akhirulkalam, sudah
tentu keluarga memainkan
peranan penting dalam
mencorakkan sahsiah diri
anak-anak. Hal ini
demikian kerana tenaga-tenaga
orang muda diperlukan
untuk meraih kemajuan
negara apatah lagi
orang muda merupakan
aset penting bagi
merealisasikan hasrat Perdana
Menteri iaitu dapat
mencapai Wawasan 2020.
Jadi, ahli keluarga
terutamanya ibu bapa
perlu berganding bahu
dalam melaksanakan langkah-langkah yang
pragmatik untuk melahirkan
individu yang cemerlang
serta tidak melibatkan
diri dalam gejala
sosial. Jika keluarga
tidak memainkan peranan
mereka, anak-anak akan
terpengaruh dan memilih
gejala sosial sebagai
haluan hidup. Oleh
itu, ibu bapa
dan anak-anak perlu
mengamalkan peribahasa seperti
aur dengan tebing
agar masalah sosial
boleh dibanteras.
(922
patah perkataan)
No comments:
Post a Comment