Tanggal 2 Disember 2013,...
Sorakan kecil sekumpulan pelajar menggema sekolah yang kosong, terukir senyuman kegembiraan di wajah apakala hari itu hari yang agak bermakna bagi mereka. (Gimik je...=P) Kertas Lukisan Kejuruteraan merupakan tatapan terakhir mereka bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Aku turut meraikan hari penamat perjuangan kami. Namun, aku dirasuk kegelisahan. Walaupun hari-hari peperiksaan sudah berakhir, aku resah. aku jua risau dan takut. (Heh! Maksud perkataan-perkataan tu dah nak sama je kan? Ish! Ke sama je? Tak apa. Gimik lagi.) Bagi aku, hari kemenangan adalah hari pengumuman keputusan SPM nanti. Sudah terbayang keadaanku dalam penantian hari tersebut. Tidurku tak lena, makanku kenyang sikit-sikit je (lagi-lagi waktu hujan, sentiasa lapar kan..), mandi semestinya basah (Kalau tak basah, tak ada air lah tu. Eh! Kata hujan...??) Macam orang putus cinta saja. (Hiperbola ni.) Aku gerun. (Ulang??)
(Paragraph ni kena mood sedih sikit ea.) Aku tahu aku tidak sama sekali yakin dengan peperiksaan SPM ini. Hatiku sentiasa berbisik-bisik kepadaku bahawa aku tidak lagi mempunyai harapan untuk merasa kemengangan. Adakala aku menafikan, adakala aku turut termakan bisikan itu. Apakah bisikan itu benar? (Terkejut!) Mengapakah bisikan itu terus menghantuiku? (Bingung...) Aku pasrah.... Tiada orang yang boleh menjawab persolan itu melainkan aku. (Memanglah kan...hati sendiri. Siapa lagi nak jawabkan?)
Langkah demi langkah, saat demi saat aku menghitung. Masih jauh perjalananku. Persoalan demi persolan sentiasa 'menemani'ku, satu das demi satu das yang bertubi-tubi dilepaskan sehingga menusuk kalbuku. Aku boleh buat apa lagi? Semuanya sudah lepas. Tawakal saja yang boelh merawatku.
Ingin saja aku melafazkan kalimah maaf.
Maafkan kakak ibu ayah
Maafkan saya cikgu-cikgu
Maafkan aku rakan-rakan
Sebelum tibanya hari itu, aku mahu bersedia. Mungkin paparan pada slip keputusan nanti bukan perkara yang diharapkan. aku takut harapan ibu, ayah dan cikgu-cikgu hancur. Aku resah.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesunggu8hnya aku hanya seorang hamba yang lemah dan memerlukan pertolangan-Mu. Kurniakanlah kejayaan dalam SPM sesi 2013 ini kepadaku dan sahabat-handai. Kurnikanlah kami peluang yang cerah dalam mengejar cita-cita kami. Ya Allah, kami redha dengan ketentuan-Mu nanti. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk kami. Amin...
Kepada rahan-rakan SPM di luar sana, gunalah masa dengan sebaik mengkin walaupun tidak perlu menghadap buku teks dan buku latihan lagi. Bagi bakal pejuang-pejuang SPM, bersedialah dengan bekalan secukupnya untuk SPM tahun 2014 dan seterusnya bak kata cikgu-cikgu, SPM ini merupakan permulaan ke arah kerjaya.
Sekian..
Errr...ok. Sebenarnya...coretan 'Tintaku Buat Semua' hanya suatu luahan perasaan. Saya memang mengalami tekanan jiwa raga sebelum, semasa dan selepas menghadapi peperiksaan SPM. (Katanya...lah.) Fikiran dan perasaan saya terganggu sehingga saya sendiri buntu. Saya tak tahu nak buat apa, rasa nak tidur je lagipun kalau tidur saya tak berfikir dan saya tak rasa sakit hati. Jadi, saya ambil keputusan untuk menulis dan hasilnya saya rasa ok daripada sebelumnya. Stabil lah juga... Mungkin ada tertanya-tanya kenapa sampai terganggu. Saya pun tak tahu. Saya rasa, errr....rasa je lah ea. Saya rasa yang saya sudah mencapai satu tahap yang luar biasa sebelum SPM. Haaa... Trial dapat Straight A memang bagi tekanan kepada saya. Biarpun muka macam cool je kan...(Yalah tu..Haha.) Bagi saya, straight A tu satu perkara yang luar biasa apatah lagi saya dulu masa sekolah rendah, darjah satu kelas belakang sekali. Lepas tu, saya berjaya naik kelas tapi dapat nombor 20 lebih je dalam kelas pertama tu. Bayangkan lah, dalam satu kelas dah nak 30 orang. Kira macam corot juga lah. Darjah empat saya ni malas sikit, kena denda tak siap kerja rumah. (Ibu dengan ayah saya tak tahu.. hehe..) Darjah enam dapat 5A sebab saya ubah diri saya. Saya cuba siapkan kerja rumah. Tingkatan satu, dua dan tiga saya cuba kekalkan dan hasilnya 7A2B. (Saya ambil Bahasa Arab masa ni.) Haaa....nak jadikan cerita, semasa saya tingkatan empat kawan saya, Audy Azfar pindah dan pulang ke Sarawak, tanah airnya. Disebabkan visi saya untuk mengejar prestasi Audy, saya dapat nombor dua sebelum dia pindah. Selepas dia pindah, saya ganti tempat dia. Bayangkan lah... Saya pun tak percaya dapat nombor satu. Tingkatan lima merupakan tahun senior saya, zaman kegemilangan lah kan... Saya dapat gelaran budak bijak dan ketua pelajar pula tu. (Hebat....hmm..yalah.) Beban juga sebenarnya tapi saya cuba je lah. Redah segalanya. Saya salu ditanya oleh rakan-rakan. Fira kenapa bijak sangat? Rajin sangat? Macam-macam lah... Kadang-kadang saya ni terasa juga. Bijak ke? Rajin? Ok. Seterusnya, kalau ada cikgu-cikgu ke sahabat sendiri ke yang target saya dapat A+ tu....buat saya nervous. Gentar... Mungkin tu yang buat saya risau SPM ni. Saya memang tak yakin. Hmm....macam-macam lah. Ilusi semunya!
Kesimpulannya, saya harap saya boleh dapat yang terbaik untuk ibu, ayah dan cikgu-cikgu juga sahabat-sahabat saya. I need to be strong and confident in the same time for the past is the past. And...for sure saya akan redha dengan apa-apa yang akan saya dapat nanti. Rupanya ini rasa jadi orang bijak. Saya dulu tak pernah fikir tentang gred, keputusan dan seangkatan dengannya sebab saya dulu biasa-biasa je. Lagipun dah matang katanya... Saya juga mula dari bawah. So, tak mustahil lah kalau orang lain nak jadi bijak walaupun mulanya dari kosong kan.... Kalau lah saya dapat keputusan yang kurang baik, (Harap tak lah...kan.. tak nak pun.) saya cuma boleh redha dan saya tahu gagalnya saya bukanlah buat selamanya tetapi hanya untuk seketika. Never Give Up!, itu apa yang ayah saya cakap dan saya akan pegang tu. Akhir sekali, saya ucapkan jutaan terima kasih buat ibu ayah yang bagi sokongan, guru-guru yang bertungkus-lumus mengajar saya dan sahabat-handai.
Thank You Very Much! (Fuhhh! Lega sikit lah..)=D
Btw, saya enjoy tengok video ni...
No comments:
Post a Comment