Aku terbaring
di atas katil.
Pandanganku yang masih
pada kipas siling
lantas ditoleh ke
arah jam dinding
yang berada di
sisi bilikku. Sudah
11.00 malam. “Aku
patut tidur, esok
sekolah.” Desis aku. Aku memejamkan
mataku. Suasana malam
yang sunyi sepi
telah menusuk kalbuku
sehingga aku mengimbas
kenangan lama.
“Semua bangun…”,
jelas arahan ketua
kelas. Semua pelajar
bangun dan mendengar
arahan seterusnya.
“Assalamualaikum cikgu.”,
seperti biasa selepas
ketua kelas memberi
salam, kami yang
lain mengikut sama.
“Waalaikumussalam... baiklah,
semua pelajar diminta
duduk.”, sesudah sahaja
kami diarah oleh guru, kami
berterima kasih kepada
cikgu lalu mengambil
tempat masing-masing. Tahun
ini mulanya permulaan
yang baru. Aku
sudah berada di
tahun empat dan
yang pastinya, tahun
ini lagi mencabar.
Mengapa? Hm…lagi banyak
buku yang perlu
dibawa ke sekolah.
Mungkin lagi banyak
cikgu baru dan
garang yang akan
ajar aku. Takutnya…
Aku melihat
gerak-geri yang dibuat
guru baruku. Dia
menuliskan bermacam-macam jenis
nombor secara berselerak
pada papan hitam.
Namun, angka-angka tersebut
hanya sehingga angka
ke-15. Sejurus sahaja
cikgu itu selesai
dan meletakkan kapur
di atas meja,
dia tersenyum sambil
memandang ke arah
kami. Sewaktu itu,
bulu romaku sudah naik. Situasi
itu sungguh menyeramkan
apatah lagi bedak
cikgu itu dua
inci juga boleh
sampai, gincu merah
membara ibarat api
yang menyala. Siapa
yang tidak takut?
Macam rupa badut
pun ada. “Pandai
betul aku kutuk
cikgu, tidak berkat
ilmu nanti.”, kata
aku dalam hati
sambil tertawa kecil.
“Kau ini
kenapa? Pelik sahaja.
Tiba-tiba ketawa seorang
diri.”, tegur kawanku
yang berada di
sebelah. Aku tersengeh
seperti kerang busuk.
“Tiada apa-apalah.
Kita dengar arahan
cikgu sama-sama ya
Badrul.”, aku cuba
mengelak. Badrul hanya
mampu menggelengkan kepalanya.
“Semua pelajar
bangun.”, arah cikgu
itu. Ha? Semua
murid tercengang. Aku
saling berpandangan dengan
Badrul. Tadi bagi
duduk, sekarang bangun
balik. Cikgu nak
buat apa? Kami
cuak.
“Baik, cikgu
akan soal sifir.
Sesiapa yang mahu
jawab angkat tangan
dan kalau sudah
dapat jawab, awak
boleh duduk.”, ringkas
arahan cikgu. Aku
berfikir sendiri. Sifir?
Apa benda itu?
Aku melihat rakan-rakanku
yang lain. Mereka
nampak tenang. Walakin
begitu, ada juga
kawan-kawanku yang cemas.
Badrul? Dia juga
tenang. Aku rasa
aku paling cuak.
Aku tidak tahu
apa-apa tentang sifir.
Sudah sahaja arahan
cikgu, bermulalah pertempuran
sifir. Satu per
satu kawan-kawanku boleh
duduk. Angkat tangan,
dapat jawab, dapatlah
duduk. Sampai satu
masa, tiada seorang
pun yang angkat
tangan. Tiada lagi
yang boleh menjawab
soalan-soalan sifir itu.
Aku melihat sekelilingku.
Aku masih di
medan pertempuran, aku
tidak selamat lagi.
Aku bersama lima
orang rakanku. Aku
memandang cikgu dengan
muka kesian. Kononnya
mahu buat muka
kucing dalam filem
‘Shrek’.
Malangnya, cikgu
langsung tidak berikan
sedikit rasa simpati.
Soalan-soalan diaju bertalu-talu.
Sekejap “5 x 2” , “1
x 3” , “4
x 3” dan
lain-lain. Aku melihat
rakan-rakanku yang sudah
duduk. Pada saat
aku melihat kawanku
yang aku kenal
sejak kecil lagi,
soalan guru bertukar,
“2 x 1?”,
pertanyaan cikgu itu
diulang dua kali.
Tiba-tiba, kawanku itu, Nisha menunjukkan
jarinya sebanyak dua
jari. Aku tersenyum.
Aku lantas mengangkat
tanganku lalu menjawab
dua bagi soalan
cikgu. Cikgu memberi
aku duduk. Aku
tersenyum kepada kawanku.
Mataku celik.
“Aku tidak boleh
tidur lagi ni
kenapa?”, aku berkata
geram, wajahku berkerut.
Aku teringat akan
kisah sifir sebentar
tadi. Aku patut
berterima kasih kepada
kawanku itu. Aku
lantas mengelamun ke
zaman sekolah rendahku.
Semasa aku berumur
10 tahun itu,
aku seorang yang
pemalas, pemalu dan
manja. Kerja rumah
tidak siap, latihan
tidak buat dan
aku sering didenda
oleh guru-guruku. Walaupun begitu,
aku cuba berubah.
Arwah datukku dulu
telah memberiku satu
semangat untuk terus
berusaha. Kata Tok
Bak, “Rafi, kalau
Rafi rasa malas,
Rafi timbulkan semangat
dalam diri Rafi.
Dengan semangat itu,
Rafi boleh lawan
perasaan malas.” Akhirnya,
aku mendapat 5A
dalam UPSR walaupun
aku bukannya dari
kalangan yang disasarkan
untuk mendapat semua
A.
Di saat
aku teringat kata-kata
datukku, aku terasa
sayu. Kini, aku
sudah cecah umur
17 tahun. Ya,
aku menduduki Peperiksaan
SPM tahun ini.
Tok Bak sudah
tiada sejak aku
umur 15 tahun.
Sejak itu, aku telah hilang
sedikit daripada semangatku
lagi-lagi ibu dan
ayah sering bertelingkah
tidak tentu fasal
pada setiap malam.
Aku tertekan. Keputusan
PMRku, aku mendapat
7A2B. Pada hari
penerimaan keputusan, berderai
manik-manik putih di
pipiku. Walaubagaimana pun,
aku tidak akan
putus asa. Aku
akan terus bangkit.
Zaman gelapku tidak
akan aku ulangi.
Aku yang
berada di atas
katil terus bersemangat
tidak tentu fasal.
“Aku boleh!!”,
jeritku sambil bangun
daripada baringanku.
“Eh, peliknya!
Tiba-tiba sahaja jerit
aku boleh.”, aku
terasa badanku digoyang-goyangkan. Aku
membuka mataku. Rakan-rakan
serta cikgu memandangku
pelik. Aku memandang
rakanku di sebelah,
Badrul. Ya, Badrul
masih menjadi teman
satu sekolahku. Aku
masih terkaku dan
lidahku kelu.
“Bangun!”, Badrul
berkata sambil memetikkan
jarinya di hadapan
wajahku. Aku sedar,
aku menggosok mataku..
“Itulah…lain kali
jangan tidur sewaktu
cikgu mengajar.”, sindir
Cikgu Mariam lalu
disambut dengan gelak-gelak
ketawa kawan-kawanku. Pipiku
terasa panas, malulah…
Badrul pula
memberi arahan apabila
cikgu mahu keluar
dari kelas. Cikgu
hendak keluar kelas?
Berapa lamakah aku
tidak sedarkan diri?
“Rafi, tadi
kau kenapa? Kau
buat latihan sampai
lewat malam ya?”,
Tanya Badrul.
“Yalah, aku
tidur lewat semalam.
Itu yang mengantuk.”,
jelas aku sambil
menghembuskan nafas lemah.
“Lain kali
janganlah belajar kuat
sangat. Cuba tenangkan
fikiran. Jangan fikir
sangat fasal periksa
itu, aku tahu
kau pelajar sasaran
sekolah.”, Badrul menasihati
aku. Aku hanya
mengangguk. Ya, betul.
Aku pelajar sasaran
sekolah. Mentelah lagi,
aku Ketua Pelajar.
Orang semua hormat
aku kerana jawatan
dan darjat aku
sebagai pelajar berketerampilan. Semakin
aku berusaha, semakin
namaku naik dan
maju. Ini usaha
aku. Ini juga
perubahan aku selepas
zaman gelapku.
“Bangun Rafi…
sudah tiba waktu
rehat ini. Aku
pergi kantin dahulu
ya.”, kata Badrul
sambil memetik-metik jarinya
di depan berbola
sinarku. Dia menggeleng-geleng lalu
pergi dari aku.
Aku tertawa. Boleh
pula aku berkhayal
lagi.
Macam aku
kata, ini usahaku
ibarat pepatah Melayu,
“usaha tangga kejayaan”
dan aku masih
ingat kata-kata Sukarno
iaitu gantunglah cita-citamu
di dada langit
walaupun kakimu terletak
di perlimbahan. Jadi,
aku telah meletakkan
cita-citaku sebagai bintang
di dada langit
biarpun aku hanya
menjejaki tanah ini.
Oleh itu, aku
perlu berusaha kerana
dengan usaha, aku dapat bina
tangga kejayaan untuk
gapai bintangku.
(1000
patah perkataan)
No comments:
Post a Comment