Friday, October 14, 2011
Kemerdekaan Pelajar-pelajar PMR
Kemerdekaan
Kami anak ibu dan ayah! Merdeka! Kini, kami bebas dari jajahan Penilaian Menengah Rendah. Senyuman terukir diwajah masing-masing pada hari terakhir. Tak sabar untuk berjuang buat kali terakhir hingga perahan otak yang menyakitkan. Malangnya, saya dan rakan-rakan yang mengambil Bahasa Arab hanya hampir merdeka. Laungan kami hanya separuh saja..`MERD`. Keesokan harinya, ada pula yang sakit perut. Degupan jantung juga laju. Kertas Bahasa Arab dijawab seperti biasa. Dalam bilik peperiksaan, pengawas pula ramai gila! Tak ada chance nak exchange jawapan. Tak apa lah.. kami dah `expert`... selepas dua jam setengah menjawab, masa habis. Masa itu lah, laungan kami lengkap. `MERDEKA`..
Mulalah jadual baru, ada yang nak baca novel, tengok cerita Korea, main game dan lain-lain. Sebelum peperangan bermula, setiap persediaan kami lakukan untuk mencapai hasil yang terbaik... Ada saja sesi latihan bagi mengasah akal dan pensel sebagai senjata, pen tak boleh asah. Guru-guru juga bertungkus-lumus untuk mencapai target sekolah, pelbagai kem dianjurkan. Aku rasa Tingkatan 3 ni, paling banyak kertas cikgu bagi kat pelajar-pelajar. Bila dah dapat kertas, kena simpan elok-elok dalam fail. Nak study lah katakan.. lepas habis peperiksaan, buat bungkus nasi lemak pun dah tak kisah. Kami pun saling bersalaman, minta maaf atas kesalahan lalu. Baik je sebelum exam. Lepas exam..wah..qada’ semula mapa yang dibuat.
Itu lah ceritanya. Nanti kena belajar bersungguh-sungguh semula. Nak SPM. Tu lagi penting..! sekarang ni aku layan Winter Sonata Animation..best.^^
Labels:
PMR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment