Monday, February 14, 2011

Kata2 Mutiara


Mimpi tidak akan menjadi
kenyataan jika kita asyik tidur.

Orang yang bijak mempelajari banyak
perkara daripada musuhnya sendiri.

Jangan terlalu menyayangi seseorang,
kelak kita akan membencinya.
Jangan pula terlalu membenci seseorang,
kelak kita akan menyayanginya.

Selemah-lemah manusia ialah orang yg
tak boleh mencari sahabat
dan orang yang lebih lemah dari itu ialah
orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari
( Saidina Ali)

Dunia ini tiada jaminan melainkan
satu peluang.

Terdapat banyak
kemungkinan untuk gagal
kerana kejayaan hanya
boleh dicapai dengan satu
perkara iaitu
USAHA.

Fikiran membawa kepada
pekerjaan.
Pekerjaan membawa kepada
kejayaan.
Kejayaan membawa kepada
impian

Cinta kepada bunga akan layu,
cinta kepada manusia akan berpisah
dan
cinta kepada ALLAH S.W.T akan abadi.

Buah akal ialah ilmu pengetahuan,
buah jiwa adalah iman
dan
buah fizikal ialah kemajuan

No comments:

Post a Comment