Friday, May 7, 2010
Maafkan Aku Kawan!!
Malam tadi Sofea dan kawan baiknya bertengkar.Sofea mebuat keputusan tak ingin bercakap dengannya keesokan hari.
Hadi senyum kepada Sofea, sebaliknya Sofea mengetapkan giginya kepada Hadi.
Hadi menceritakan perkara yang baik tentang Sofea kepada kawan-kawannya yang lain. Sofea pula menyebarkan khabar angin mengenai Hadi.
Hadi cuba mendekati Sofea dan menegurnya. Tapi Sofea menolaknya ke tepi.
Bagi Hadi, Sofea seorang kawan yang terbaik. Sofea pula rasa Hadi seorang kawan yang paling teruk pernah dia jumpa.
Hadi pun menulis nota kepada Sofea dan menceritakan semula kenangan manis yang pernah Sofea dan dia kongsi bersama. Sofea pula menulis semua saat buruk yang dia ingat sepanjang bersama Hadi.
Jauh di sudut hati Sofea, dia mengasihi Hadi , tapi perasaannya penuh dengan kebencian. Keesokan harinya, Sofea terjumpa satu nota daripada Hadi.
Dear Sofea, sahabat yang dikasihi,
Saya cuba memberitahu kamu semalam tapi kamu tidak memberi peluang untuk saya bercakap.
Saya cuba beritahu kamu berita gembira tapi kamu takut untuk mendengarnya.
Saya cuba untuk senyum kepadamu tapi kamu sambut senyuman saya dengan kebencian.
Saya cuba untuk bersama dengan kamu kembali tapi kamu tolak saya dari hatimu.
Sekarang ni keadaan saya sangat teruk dan semakin teruk.
Saya minta maaf sebab hari ini saya tak dapat berjumpa dengan kamu.
Ketika kamu membaca surat ini, saya telah berada di hospital. Saya Sudah kesuntukan masa.
Saya minta maaf kerana baru sekarang berkesempatan untuk memberitahu kamu.
Saya minta maaf di atas perselisihan faham yang kita lalui. Kamu memang seorang kawan yang hebat.
Saya janji saya akan sentiasa memerhati kamu dan akan selalu disisi kamu walaupun kamu tidak dapat melihat saya lagi.
Saya nak kamu tahu bahawa saya selalu menyematkan kasih sayang kamu di hati saya.
Terima kasih, Sofea.
Sekian,
Salam kasih sayang,
Hadi
Sofea mencapai begnya lalu berlari ke hospital untuk meminta maaf kepada Hadi. Tapi hanya ibu dan ayahnya saja yang ada di situ.
“Hadi…! Hadi…!” ibu Hadi memanggil namanya berserta teresak-esak tangisnya. Suaranya yang sayu kedengaran, berdoa supaya tuhan kembalikan anaknya.
En. Faris hanya mampu berkata kepada isterinya supaya bersabar. En. Faris melihat ke arah Sofea dan mendekatinya.
“Minta maaf Sofea, pak cik tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Sofea adalah satu-satunya teman Hadi selama ini. Pak cik Cuma boleh berterima kasih sahaja kerana menerima dan menemani Hadi seadanya.” Ucap En. Faris yang berwajah kelat, Hadi sajalah anaknya dan anak kesayangannya.
Sofea sudah terlambat. Sofea berharap semoga dapat bertemu dengan Hadi dan meminta maaf serta mengucapkan selamat tinggal. Sofea yang terjelopok ke lantai hanya dapat melihat jasad Hadi di bawa pergi. Ternampak diluar sana hujan lebat membasahi alam ini bagai dunia ini juga berasa sedih dengan pemergian Hadi.
“Minta maaf Hadi… minta maaf.” Ulangnya dengan suara yang serak. Air mata mula jatuh menyelinari pipinya dengan perlahan. Sofea menekap mukanya dengan kedua belah tangannya. Mengingati kenangan manis bersama Hadi. Betapa gembiranya dulu. Sekarang! Hadi Sudah tiada, lelaki itu Sudah tiada. Ulang Sofea.
“Sofea..” panggil seseorang. Seseorang yang amat dikenalinya, ibu Hadi.
“ya” Sofea mengesat air matanya lalu bangun, memandang ke wajah Pn. Hidayah.
“Sofea sabar ya, mak cik tahu Sofea sedih tetapi kita perlu tabah. Ingat, Hadi sentiasa akan memerhatikan kita nanti. Mak cik percaya, dia akan selalu disisi kita.” Pn. Hidayah tersenyum.
Sofea mengangguk serta membalas senyuman manis Pn. Hidayah. Dia mengakui bahawa kata-kata Pn. Hidayah itu sememangnya betul.
Di perkuburan Hadi, Sofea selesai membaca Yaasin. Sofea bangun dari tempatnya. “Hadi… kalau ada masa saya datang lagi ya.” Kata Sofea seolah-olah tengah bercakap dengan Hadi. Dia berlalu pergi meninggalkan pusara Hadi. Dia menoleh balik ke arah pusara itu dan memberi salam.
Suasana sepi, tiba-tiba berhembus bayu sehingga tertiup bahagian belakang tudungnya sampai ke atas kepalanya. Sofea tersenyum, dia lihat ke atas, ke langit biru yang indah. Dia tahu bahawa Hadi menepati janjinya kerana Hadi adalah sahabat lelakinya yang amat nakal dan gemar berbuat sedemikian kepadanya.
Pengajaran:
Semua kawan ada masa naik dan turun dan kadangkala kamu perlu meminta maaf. Jangan tunggu orang lain melakukannya dulu. Sebab kamu tak akan tahu apa yang akan terjadi esok hari...
Labels:
Cerpen,
kasih sayang,
maafkan kau kawan,
sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment