Thursday, September 9, 2010

Pantun Raya Aidilfitri



Pantun Raya Aidilfitri!

Sempena hari raya aku salu buat pantun raya...

Saya Rasa Sangat Gembira,
Namun Sedih Juga Terasa,
Kembali Nya Hari Raya,
Tinggal Nya Bulan Puasa.

Pagi Raya Makan Kari,
Pedal Dan Juga Hati,
Jangan Lah Putus Jari,
Main Mercun Berhati-hati.

Mercun Dipasang Malam-malam Buta,
Nak Tidur Tak Berselera,
Selamat Mata Saya Tak Buta,
Cuma Makan Pagi Tak Ada Selera.

Duduk Makan Kena Beriba,
Makan Pula Telur Puyu,
Pagi Raya Menjelang Tiba,
Bangun Dengan Mata Kuyu.

Pagi Raya Makan Apa?
Jamah sedikit Roti Dan Kaya,
Orang Muda Jangan Dilupa,
Kalu Boleh Berilah Duit Raya.

Orang Tua Memberi-beri,
Orang Muda Mengambil-ambil,
Penuh Duit Setabung Diberi,
Cukup Untuk Orang Terkebil-kebil.

Satu Dalam Arab Dipanggil Wahid,
Apa Dia Maksud Aidilfitri?
Perjalanan Mahu ke Masjid,
Berhajad Menunaikan Solat Aidilfitri.

Pergi Berenang Bawak Pelampung,
Nak Berenang Masih Kekok,
Hendak Pergi Balik Kampung,
Pesan Ayah Pandu Elok-elok.

Hendak Memandu Dijalan Raya,
Kena lah Berhati-hati,
Bersiap Dengan Baju Raya,
Bercorak Dan Warna-warni lagi.

Gembiranya Orang Beraya,
Kaya Miskin Semua Ada,
Banyak Betul Kuih Raya,
Kuih Buat Dan Tunjuk Pun Ada.

Bermacam Jebis Kuih Raya,
Termasuk Juga Karipap,
Minta Maaf Dari Saya,
Kalu Ada Salah Dan Silap.

Baju Raya Berearna-warni,
Pelbagai Warna Dan Cita Rasa,
Disini Akhirnya Pantun Ini,
Saya Ucapkan Selamat Hari Raya.

Minta Maaf Kepada Semua,
Atas Zahir Dan Batin Saya,
Selamat Hari Raya juga,
Yang itu Tidak Dilupa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir Dan Batin...=D

No comments:

Post a Comment