BELAKANG PARANG SEKALIPUN, KALAU DIASAH NESCAYA AKAN TAJAM JUGA
Aku berfikir sejenak di luar tingkap bilik ku. Aku bermonolog "Aku adalah pelajar yang paling bodoh! Kenapa aku jadi macam ni?" pertanyaan itu selalu bermain-main di fikiran. Aku mahu hilangkannya, biarkan pertanyaan itu ghaib, tetapi aku gagal. Setiap kali peperiksaan tiba. Guru-guru dan raakan-rakan selalu memandang rendah kepada aku. Adakah aku akan jadi bodoh selamanya?
Pada suatu hari, aku di marah lagi. Cikgu Zaid, cikgu inilah yang selalu memberiku hadiah. Hadiah yang aku hargai sangat! Aku sudah naik muak dengan hadiah itu. Berdarah-darah badanku disebat cikgu. Tidak kasihankah cikgu kepada aku? Ibuku selalu menyapukan ubat kepada luka yang akan lenyap ini. Ibu tidak berputus asa merawatku.
Hari demi hari ibu menyapu ubat. Aku hairan lalu bertanya ibuku. "Ibu, kenapa ibu selalu letakkan ubat kepada luka saya tanpa berputus asa? Biarpun luka itu tidak akan hilang" Ibu tersenyum Senyum penuh makna. " Mestilah. Bak kata pepatah belakang parang sekalipun, kalau diasah nescaya akan tajam juga." Aku hairan, ibuku selalu mengulangkan pepatah itu tetapi aku tetap bingung bagai batu ditepi pantai. Duduk di situ tanpa berbuat apa-apa hanya mengikut arus sahaja.
Hari berikutnya, aku pergi ke perpustakaan. Aku mahu mencari maksud di sebalik itu. Ya lah....Aku orang yang bodoh, nakal pula. Pelajar yang ada dalam perpustakaan terkejut melihatku masuk sambil memperliku. Aku tidak mempedulikan mereka. Aku terus berjalan ke arah salah satu kamus. Aku membelek dan mencari dengan tekun sambil ayat itu bermain-main dimulut. Maksudnya.....'Biar bodoh sekalipun, kalau belajar bersungguh-sungguh akan menjadi pandai juga. Itu lah salah satu meksudnya. Rupa-rupanya ibu hendak memberi kepada aku petunjuk untuk berjaya iaitu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Aku mahu cuba guna seluruh konsep D.U.I.T..
Sejak dari itu aku bertekat untuk berusaha. Aku sering pergi ke perpustakaan membawa buku pelajaran walaupun pelajar-pelajar yang lain memerliku. Aku membuat latih tubi, mengulang kaji pelajaran. Pada hari peperiksaan, aku cuba melakukan yang terbaik dengan niat pertama keranan Allah S.W.T, kedua kerana ibu dan ayah ku yang selalu memberiku pertunjuk, ketiga kerana aku hendak akan kejayaan!! Ilmu lah pelitaku!!
Setelah lalu peperiksaan itu, keputusan keluar. Berdebar-debar hatiku dengan pantas tetapi tidak lah sepantas kilat. Almat jantung aku tercabut nanti. Namaku dipanggil. Aku naik ke atas pentas dengan penuh harapan keputusan ku diambil, aku duduk di atas kerusi. Aku diam. Setelah melihat keputusanku. Aku tersenyum gembira lalu aku melompat dari pangkuan kerusi. "YES!!" kuat dan lantang suaraku. Semua pelajar memandang ke arah ku.
Suasana senyap seketika, aku mula malu. Suaraku menghentikan majlis itu. Bertapa hebatnya aku!! Aku tersengih-sengih bak kerang busuk. Semua orang ketawakan aku. Malu!! Aku memandang ke arah cikgu Zaid. Cikgu tersenyum dan mengumumkan keputusanku. Pelajar sekalian bertepuk tangan kepadaku tanda hormat. Semakin malu aku dibuat mereka. Merah lepuk pipiku.
Itu lah dia kejayaan pertamaku yang dibantu oleh satu pepatah ini "BELAKANG PARANG SEKALIPUN, KALAU DIASAH NESCAYA AKAN TAJAM JUGA." yang bermaksud BIAR BODOH SEKALIPUN, KALAU BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH AKAN MENJADI PANDAI JUGA." Ini semua kerana ibuku jua. Terima kasih ibu!! Teriak hatiku.
No comments:
Post a Comment