Showing posts with label Sajak. Show all posts
Showing posts with label Sajak. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Sajak Pembawa Ke Samudera Kejayaan


Terasa sentuhan di hati,
Apatah mengharung realiti,
Terasa hembusan bayu pagi,
Luka diiringi sunyi sepi.

Sudah tiba saat ini,
Air mata bergenang sendiri,
Pacaindera sebagai saksi,
Jauh, jauh sungguh beliau pergi.

Seraut wajah itu ku imbas kembali,
Pantas sekali perasaan rindu menyelubungi,
Kisah dahulu ku semat di hati,
Sebagai kenangan terindah buat diri ini,
Penuh gelak ketawa, ranjau berduri.

Guru,
Terima kasih ku ujar kini,
Tidak terbalas budi pekerti,
Maaf ku pinta kali ini,
Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Kasih beliau akan ku hargai,
Samudera kejayaan ingin ku beri,
Sukar bagi ku menerima semua ini,
Selamat tinggal pendidikku kasihi,
Semoga kita bersua lagi.

Wednesday, August 11, 2010

Sajak Bulan Ramadhan Al-Mubarak


Bulan  Ramadhan  Al-Mubarak
Berbulan-bulan kita menunggu,
Indah sungguh bulan ini,
Peluang untuk bangkit semula,
Bangkit mendekati Allah,
Ramadhan, Bulan yang dinanti.

Beramal lah kita,
Jalan Allah kita tuju,
Alunan zikir bermain-main dimulut,
Setiap detik kita diperhati,
Amal ibadah tidak ditinggalnya.

Setinggi mana Gunung Everest,
Tidak tercapai langit ke-7,
Setiap hari dengan dosa,
Tidak cukupkah Iman kita?

Membaca Al-Quran, berzikir,
Itulah caranya,
Buku yang terbaik,
Buku tentang Agama Islam,
Lagu yang terbaik,
Lagu yang menghampirkan kita dengan Allah.

Beramal lah sebelum terlambat,
Hari Jumaat akan tiba,
Setiap minggu kita lalui,
Akan kah kita rempuh hari itu?
Hari Akhirat.

Jangan kita tangguh semuanya,
Sedarkan lah diri,
Sedarkan lah org sekeliling,
Jangan lah lari dripda jalan yg benar.

Mencabar kita,
Hri-hri di bulan Ramadhan,
Berpuasa biar lah ikhlas,
jangan pula medapat lapar dan dahaga shj.
Berbuka biarlah dengan perasaan bersyukur,
Rezeki yg Halal diberi Tuhan.

Bulan Ramadhan,
Bulan Indah,
Penghulu bg bulan2 yg lain,
Selamat Berpuasa....!!

Friday, August 6, 2010

Sajak Keistimewaan Sejarah


Keistimewaan Sejarah

Malaysia,
Tanah Melayu kita,
Khazanah sejarah selautan nusantara,
Diwarisi hingga sekarang.

Tugu Negara,
Sebagai penghormatan parajurit kita,
Melambangkan pimpinan, getir,
Siap sedia, kekuatan, keberanian,
Dan pengorbanan mereka,
Merah marak limpahan darah,
Terkorban dengan jasa besar.

A Famosa,
Kota Yang Termasyur,
Masih kukuh akarnya,
Masih ada ukiran seni,
Ukiran sejarah dahulu,
Menusuk sanubariku,
Terkenang sandiwara Melaka.

Batu Bersurat,
Batu dipahat menjadi tanda,
Kuala Berang tempat semadi,
Buktikan Islam Melayu jawi,
Menjadi kebanggaan nusa pertiwi.

Keistimewaan sejarah,
Setiap satu ukiran,
Setiap satu khazanah,
Setiap satu hukum,
Membawa seribu kisah.

Monday, May 17, 2010

Sajak Selamat Tinggal


Selamat Tinggal...

ku lihat wajah kasih ibubapa ku,
wajah kasih guru2 ku,
wajah sahabat2 ku,
ku pejam mata ku,
ku sedar, ku di bawa lari ke satu alam..
alam putih.., ku lihat ke kanan,ke kiri...ku rasa sakit,
ku angkat tgn ku perlahan-lahan, darah!
merahnya bagaikan api yang marak,
ku di bawa masuk ke dlm satu bilik,
ku rasa sakit! perit!
rasanya hanya sebentar...
ku mula rasa aku di tarik,
tubuh ku lemah, smakin lama ku rasa kehilangan..
degupan jantung ku...smakin perlahan..
ku pejam mata ku..
nyawaku, nyawaku ditarik oleh malaikat..
sedikit demi sedikit...nafas ku hilang.., hampir ghaib daripada ku..
Tuhan mahukannya balik..
ku tidak bisa bernafas lagi..
ku tinggalkan kenangan2 ku, hikayatku di dunia,
slmt tinggl bumi..slmt tinggl ibu, ayah, guru2, dan sahabat handaiku...
slmt tinggl......................................................................