Karangan Sektor  Pertanian.
Soalan -           Sektor  pertanian 
merupakan  nadi  terpenting 
dalam  membangunkan  ekonomi 
negara.  Berikan  punca 
dan  usaha-usaha  dalam 
merancakkan  industri pertanian  negara.
Ketika  mengharungi  arus 
globalisasi  dan  modenisasi,  negara  kita
 telah  mengalami  pembangunan  yang  pesat,  terutamanya
 dalam  sektor  perindustrian.  Rentetan  daripada  itu,  sektor
 pertanian  telah  dikesisikan  dalam  arus
 pembangunan  sejak  1980-an.   Walau  bagaimanapun  di  bawah
 Misi  Nasional,   kerajaan  telah  meningkatkan
 kedudukan  sektor  ini  semula
 dalam  pelan  pembangunan  negara  kita  iaitu  Rancangan
 Malaysia  Kesembilan.  Hal  ini
 demikian  kerana  ketika
 dilanda  kegawatan  ekonomi  pada  tahun
 1997  dan  1998, 
 minyak  kelapa  sawit
 bertindak  sebagai  “penyelamat”  ekonomi   negara  kita.
 Selain  itu  kerajaan
 juga   mendapati  bahawa  negara
 kita  memperuntukkan  berbilion-bilion  ringgit  untuk  mengimport
 makanan  sehingga  meningkatkan  defisit  ekonomi  negara  kita.  Sesungguhnya,  banyak  makanan  dapat  dihasilkan
 di  negara  kita
 melalui  sektor  pertanian.
 Pelbagai 
punca  yang  meningkatkan 
sektor  pertanian  tetapi  bagaimanakah  kita  dapat
 merancakkan  lagi  kegiatan  sektor  pertanian?  Semua  pihak
 yang  terbabit  perlu  menggembleng
 tenaga  untuk  menjanakan
 sektor  pertanian  di  tanah
 air, 
kata  orang  tua-tua,  “genggam  bara  api  biarlah
 sampai  jadi  arang”.
Kerajaan  memainkan 
peranan  dalam  akar 
umbi  peningkatan  sektor 
pertanian.  Masyarakat  juga 
hendaklah  memberikan  sinergi 
yang  tinggi  dan 
menggembleng  tenaga  bagi 
menjayakan  target  negara, 
bak  peribahasa,  “bagai 
aur  dengan  tebing”. 
Pengusaha  tanaman  telah 
mendapat  peruntukan  untuk 
keperluan  menghasilkan  tanaman 
yang  lebih  berkualiti 
dan  bermutu.  Kerajaan 
telah  memperuntukkan  berjuta-juta 
ringgit  untuk   pengusaha-pengusaha  tanaman 
dan  petani-petani.  Oleh 
itu,  pengusaha  perlu 
menggunakan  peluang  ini 
dengan  sebaik  mungkin. 
Hal  ini  dapat 
mengurangkan  beban  pengusaha 
tanaman  bagi  menampung 
kos  keperluan  tanaman 
yang  memerlukan  beribu-ribu 
ringgit  seperti  baja 
dan  racun  serangga. 
Kerajaan  juga  telah 
memberikan  baja  berkualiti 
kepada  pengusaha  tanaman 
dan  petani  secara 
percuma.  Selain  itu, 
kerajaan  telah  meningkatkan 
pendapatan  petani-petani.  Bidang 
pertanian  ini  juga 
mengambil  bahagian  dalam 
sumber  pendapatan  hidup. 
Pendapatan  seorang  petani 
kini  setanding  dengan 
pendapatan  individu  yang 
berkerjaya.  Contohnya,  kini 
seruas  tebu  mungkin 
mencecah  dua  ringgit. 
Jika  serumpun  tebu 
terdapat  10  ruas. 
Pasti  serumpun  itu 
bernilai  20  ringgit. 
Pengusaha  tebu  akan 
mendapat  keuntungan  yang 
lebih  semasa  bulan 
Ramadhan  iaitu  bulan 
puasa  kerana  permintaan 
orang  ramai.  Tebu 
boleh  dijadikan  sebagai 
sumber  minuman  yang 
menarik  minat  masyarakat. 
Pendapatan  seorang  pengusaha 
tebu  tentu  dapat 
raih  20  ribu 
ringgit  atau  lebih 
dalam  bulan  itu. 
Hal  ini  dapat 
menarik  minat  remaja-remaja 
untuk  mengambil  bahagian 
dalam  industri  pertanian.  
Sekali  gus  menambah 
para  pengusaha  dalam 
bidang  ini.  Hasrat 
untuk  mengeluarkan  hasil 
pertanian  yang  berkualiti 
setanding  dengan  negara 
maju  pasti  tercapai.
Selain  itu,  baja  organik 
diperlukan  dalam  menghasilkan 
hasil  tanaman  yang 
segar.  Dengan  penggunaan 
baja  organik,  pengusaha 
tanaman  dapat  mengeluarkan 
hasil  pertanian  yang 
berkualiti  dan  segar. 
Contohnya,  penanaman  sayur-sayuran 
yang  menjadi  tumpuan 
masyarakat  dan    dipasarkan 
di  pusat  membeli-belah 
perlu  segar  apatah 
lagi  sayur-sayuran  ini 
adalah  sumber  vitamin 
yang  diperlukan  dalam 
badan.  Jikalau  tanaman 
ini  tidak  subur, 
tentu  sayur-sayuran  itu 
kekurangan  vitamin  lalu 
menjejaskan  kesihatan  seseorang 
individu.  Pengusaha  sayur-sayuran 
hendaklah  memberi  kualiti 
kesegaran  yang  tinggi 
dengan  baja  organik. 
Baja  organik  amat 
berguna,  hal  ini 
sudah  terang  lagi 
bersuluh  apabila  masyarakat  Cina,
 Jepun  dan  masyarakat  Asia  yang
 lain  dipercayai  telah  membuat
 baja  kompos  sejak
 dahalu 
lagi.  Baja  kompos  terhasil
 apabila  bahan  organik  mereput  dan  terurai  kepada  bahan  yang
 kaya  dengan  nutrien
 yang  dipanggil  ‘humus’  melalui  haba  dan  respirasi
 yang  dilakukan  oleh  organisma
 tanah  seperti  bakteria,  cacing  dan  kulat.  Baja  kompos
 mempunyai  peranan  yang  penting  bagi  tanah,  ia
 berupaya  meningkatkan  dan  mempertahankan
 kesuburan  sifat  kimia,
 fizik  dan  biologi
 dalam  tanah  tersebut.  Baja  kompos
 juga  dapat  memperbaiki
 struktur  dan  lapisan
 tanah.  Walau  bagaimanapun,  hasil  dari  pemerhatian,
 penggunaan  baja  kompos  dalam  bidang
 pertanian  pada  masa
 kini  masih  lagi  pada
 tahap  skala  kecil. 
Hal  ini  demikian 
kerana  nutrien  yang  dibekalkan  baja  kompos  tidak  setanding  dengan  baja  kimia. 
Maka,  baja  organik 
harus  diguna  oleh 
pengusaha-pengusaha  dalam  mengusahakan 
tanaman  agar  hasilnya 
bermutu  tinggi.
            Kebanyakan  kawasan 
di  Malaysia    mempunyai 
kemudahan  pengairan  yang 
lengkap.  Tanah  juga 
subur  dan  sesuai 
untuk  bercucuk  tanam. 
Hal  ini  jelas 
apabila  diperkuatkan  lagi 
dengan  sejarah  penjajahan  
British  di  Tanah 
Melayu.  Selain  daripada 
menjadi  tempat  yang 
strategik,  salah  satu 
faktor  yang  menarik 
minat  penjajah  untuk 
menakluk  Tanah  Melayu 
ialah  tanah  yang 
subur  dan  kekayaan 
bahan  mentah.  Petempatan  yang 
lengkap  dengan  pengairan 
juga  kini  terlibat 
dalam  industri  pertanian. 
Contohnya,  di  Sungai 
Petani,  penduduk  tempatan 
menggunakan  kemudahan  pengairan 
seperti  tali  air 
untuk  penanaman  padi. 
Dengan  adanya  kemudahan 
pengairan,  sektor  pertaniaan 
negara  akan  lebih 
stabil  dan  juga 
hasil  pertanian  dapat 
mencukupi  keperluan  rakyat. 
Kemudahan  pengairan  ini 
juga  dapat  menyumbang 
sedikit  sebanyak  peluang 
penduduk  tempatan  untuk 
menjana  pendapatan  dengan 
wujudnya  sumber  protein. 
Misalnya,  penternakan  ikan 
air  tawar  seperti 
ikan  patin.  Ikan  ini 
pernah  mencetuskan  kontroversi 
di  Malaysia  kerana 
harganya  yang  boleh 
mencecah  seratus  lapan 
puluh  ringgit  sekilogram.  Pengairan 
juga  dapat  mengatasi 
masalah  kekurangan  air 
hujan  apatah  lagi 
musim  kemarau  serta 
keadaan  cuaca  yang 
tidak  menentu.  Semua 
individu  pasti  tahu 
cuaca  di  Malaysia 
sememangnya  cuaca  panas 
dan  hujan  sahaja 
kerana  faktor  lokasi 
iaitu  berdekatan  dengan 
garisan  Khatulistiwa.  Seterusnya, 
dengan  kemudahan  ini 
penanaman  dua  tanaman 
atau  lebih  dapat 
diusahakan  serta  tapak 
pertanian  boleh  diperluaskan. 
Maka,  bertuahnya  Malaysia 
dapat  menikmati  nikmat 
alam  sekitar  yang 
diberi-Nya.  Sebagai  rakyat 
Malaysia,  kita  seharusnya 
menggunakan  nikmat  tersebut 
untuk  memajukan  bidang 
pertanian.
Ilmu  itu 
penting  untuk  kemajuan  dalam 
kehidupan  bertamadun  kerana 
ilmu  itu  umpama 
pelita  yang  menerangi 
kegelapan  hidup  kita. 
Ilmu  perlu  dituntut 
sebagai  bekalan  di 
hari  muka.  Ilmu 
pengetahuan  dalam  bidang 
pertanian  juga  merupakan 
penyebab  peningkatan  dalam 
sektor  pertanian.  Pada 
masa  ini,  sudah 
wujud  institusi  yang 
mendedahkan  ilmu  penanaman 
atau  pengusahaan  dalam 
bidang  pertanian  kepada 
anak  watan  pewaris 
bangsa.  Hal  ini 
demikian  kerana  remaja-remaja 
dapat  mewarisi  sistem 
pertanian  yang  berkualiti 
untuk  masa  akan 
datang.  Tamsilnya,  Institut 
Pertanian  Sabah .  Matlamat 
institusi  ini  ialah 
untuk  memberi  latihan 
pertanian  bagi  melahirkan 
Juruteknik  Pertanian  supaya 
dapat  memenuhi  keperluan 
tenaga  pekerja  mahir 
di  sektor  awam 
dan  swasta.  Seterusnya, 
mereka  juga  akan 
memberi  latihan  kemahiran 
dan  pengkhususan  kepada 
pelajar  untuk  mewujudkan 
bakal  usahawan  pertanian. 
Institusi  pertanian  seperti 
ini  bukan  sahaja 
di  Sabah  dan  Sarawak  tetapi 
terdapat  Institut  Pertanian 
Tropika  iaitu  di 
Universiti  Putra  Malaysia. 
Latihan  pertanian  juga 
diberi  kepada  masyarakat 
melalui  kursus-kursus  yang 
terbuka.  Jelaslah  bahawa 
industri  pertanian  ini 
dapat  ditingkatkan  mutunya 
dan  menjadi  maju 
dengan  usaha  semua 
pihak.  Tidak  dapat  dinafikan
 bahawa  Kementerian  Pertanian  dan  sektor
 swasta  perlu  menjalankan
 penyelidikan  dan  pembangunan
 (R&D)  terhadap  sektor   pertanian  kita.  Jurusan
 Pertanian  di  Pusat
 Pengajian  Tinggi  (IPT)
 dan  pakar  pertanian  perlu  berkomitmen
 untuk  mengkaji  penggunaan  ilmu   sains  dan
 teknologi  dalam  sektor
 pertanian  dan  penternakan.
 Mereka  hendak  memastikan  bahawa  industri
 hilir  dalam  pertanian
 dapat  dimajukan  untuk   meningkatkan  pendapatan  kaum  petani
 seperti  lada  dapat
 dijadikan  sos  cili,
 ubat pelangsing  dan  ubat
 kesakitan  sendi.  Sengkuang
 telah  diproses  sebagai  bahan  kosmetik
  dan  sebagainya.   Hal  ini  selaras  dengan  peribahasa  Melayu,  “di  mana  ada
 kemahuan,  di  situ
 ada  jalan.”  Pegawai  Kementerian  Pertanian  terutamanya  MARDI  (Institut
Penyelidikan  dan  Kemajuan  Pertanian  Malaysia)  sewajarnya  menawarkan  bengkel  atau  kursus  untuk  memberikan   khidmat
 nasihat    serta  membekalkan  baka  benih
 yang  bermutu  kepada  petani
 kita  untuk  menggunakan  bioteknologi  yang  canggih.
Sebagai  menggulung 
segala  yang  telah 
diperkatakan  di  atas,  sektor
 pertanian  mempunyai  asas  yang
 kukuh  dan  potensi
 yang  baik  serta
 prospek  yang  cerah
 untuk  dimajukan.  Kita  harus
 menggunakan  segala  kepakaran
 yang  ada  untuk
 memajukan  bidang  ini  demi
 kestabilan  ekonomi  negara.  Rakyat  Malaysia
 pertu  berfikiran  terbuka  dan  positif
 terhadap  potensi  sektor  ini.
 Kita  juga  wajar
 menjadikan  kejayaan  negara-negara  maju  khususnya
 Jepun  yang  telah  berjaya  menguasai  sektor  perindustrian
 tetapi  dalam  masa  yang
 sama  terus  membangunkan  bidang  pertanian
 untuk  kesejahteraan  hidup  rakyatnya 
bak  kata  peribahasa  Melayu,  “yang  baik
 jadikan  teladan,  yang  buruk
 jadikan  sempadan”.
(1  172  patah 
perkataan)

No comments:
Post a Comment